Satu Liang Lahad Kongsi 8 Jenazah, Lelaki Ini Kongsi Sistem Tapak Perkuburan Islam Di Singapura

Setiap makhluk yang bernyawa, pasti akan pergi jua suatu hari nanti. Tapi tahukah anda akan bagaimana rupanya pengebumian Islam di negara lain?

Iospital phone repair gombak

Terbaru, suatu video telah tular di platform sosial TikTok mengenai keadaan tanah perkuburan Islam yang terletak di Singapura.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @lu0m4n_h4k1m itu, dia berkongsikan mengenai mkeadaan tanah perkuburan Islam di negara jiran itu.

Telah dipaparkan kawasan perkuburan Islam di situ olehnya apabila ramai pengikutnya bertanyakan soal hal tersebut terhadapnya.

Bukan itu sahaja, dia juga turut menerangkan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai tanah perkuburan berkenaan.

Seperti yang kita tahu, Singapura merupakan salah sebuah negara yang maju dan mempunyai keluasan sebanyak 710.2 kilometer persegi.

Difahamkan, setiap inci tanah disukat kerana keluasannya yang agak terhad.

Ekoran itu, Singapura dikatakan sering mengamalkan konsep pembangunan tanah perkuburan yang efisyen.

Dikatakan bahawa pusara-pusara lama akan dikorek semula dan tulang temulang mayat tersebut akan dipindahkan ke pusara baharu.

Hal ini dilakukan bagi memberi ruang kepada pusara lama itu untuk dijadikan sebagai pusara baharu bagi jenazah yang lain.

Luqman turut berkongsikan bahawa terdapat liang lahad yang berkongsi rangka mayat di dalam satu liang lahad sekiranya mayat tersebut merupakan ahli keluarga masing-masing.

Walau bagaimanapun, keadaan berbeza bagi mereka yang tidak mempunyai waris.

Mereka akan ditempatkan di dalam satu kubur bersama dengan 16 mayat (tulang/rangka) yang lain dan disemadikan dalam satu liang lahad.

Menurut Luqman lagi, pusara yang sudah melebihi 10 tahun akan dipindahkan ke dalam satu liang lahad.

Bagi tulang yang reput pula, tulang mereka akan diletakkan dan dikumpulkan dalam satu liang lahad.

Ianya berbeza sekali dengan tapak pengebumian Islam di Malaysia kerana pusara lama tidak akan digantikan.

Bahkan jenazah baru akan ditanamkan ke kawasan lain jika sesuatu kawasan pengebumian itu sudah pun penuh.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah mencecah 178.1K tontonan, dan 4586 tanda suka.

Video TikTok yang tular:

@lu0m4n_h4k1m #fypシ ♬ Ya Allah – Wali