“Nak bagi free, dia takmau” Peniaga Bantu Pakcik Cina Raih Pujian Ramai, Rupanya Ini Cerita Sebenar..

Terdahulu tular di media sosial dimana seorang peniaga enggan mengambil duit daripada pelanggannya dan hanya meminta doa buat ibunya yang telah pergi menghadap ilahi.
Iospital phone repair gombak
Ada juga sebuah video lain dimana peniaga hanya ‘menghalalkan’ makanan yang dimakan oleh pelanggan kerana terlupa untuk mengeluarkan tunai di bank.

Tidak cukup dengan itu, pernah juga tular di mana seorang peniaga menjual makanan RM13 sahaja untuk tiga orang makan dengan lauk yang penuh pinggan sehingga ramai memuji sikapnya yang berniaga sambil bersedekah.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga nasi lemak di Georgetown Penang berkongsi kisah tentang seorang pelanggan yang sentiasa berkunjung ke kedai makannya menyentuh hati ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ciksuegebu, Pakcik Cina terbabit selalu memesan nasi putih serta lauk ayam untuk isterinya di rumah.

“Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi. Selalu ambil lauk ayam untuk bini dia. Saya selalu nak bagi free dia tak mahu. Dia nak bayar juga. Saya suka gurau tengok dia gelak. Thank you uncle selalu mari beli,” katanya


Dia selalu menawarkan hidangan secara percuma kepada uncle berkenaan, tetapi selalu ditolak.

“Last-last cakap dekat uncle, ikut uncle lah bayar berapa. Nak bagi free dia tak mahu. Uncle ni macam ayah saya. Saya pun yatim piatu takda ayah,” kata peniaga itu lagi.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keakraban pembeli dan peniaga ini sekaligus mendoakan agar peniaga ini dimurahkan rezeki.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui berniaga sambil bersedekah ini adalah amalan mulia yang belum tentu semua orang dapat melakukannya.

Antara komen warga maya:

“Diorang punya seronok tengok uncle tu dayang aku yang sebak..”

“Semoga Allah limpahkan rezeki pada akak seluasnyaaa tanpa henti.. terbaik kak, contoh yang sangat baik..”


“Kenapa saya nangis tengok uncle ni.. terima kasih awak.. mesti selalu bagi uncle ni makanan kan..”

“Seronoknyaa tengok orang tua2 senyum gini.. aku pulak rasa sebak..”


Video yang tular di laman TikTok:

@ciksuegebu Uncle ni customer regular saya since saya meniaga tanpa kedai lagi , selalu ambik lauk ayam untuk bini dia , saya selalu nak bagi free dia takmau , dia nak bayaq jugak . saya suka gurau tengok dia gelak . Thank u uncle selalu mai beli . #localfood ♬ Izinkanlah – ꧁ R.kay_Official ꧂

@ciksuegebu Replying to @user7083112016317 ♬ Instrument Sholawat Sedih – INDRAGE