“Sarah ditiarapkan, dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama” – Shuib

Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelum ini, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun.

Sarah sudah hampir 30 jam koma

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak. Walaubagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.

“Sarah sudah hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).”

Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan 

“Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama,” kata pelawak Shuib mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah.

Jelas Shuib ketika dihubungi berkata, harapan mereka sekarang adalah paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan oksigen dalam badan.

Jantung pun sudah lemah

“Memandangkan Sarah kena jangkitan dan positif, jadi paru-paru dia banyak terkesan. “

“Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.”

Ada sedikit darah beku di paru-paru

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan.”

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut.”

“Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya kepada Harian Metro.

Apabila rindu datang, jadi sakit dan memang susah rasanya

Menurut Shuib, setiap hari tanpa Sarah di sini membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.

“Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.”

Saya selalu bercakap seorang diri dengan harapan dia dengar

“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.

Pada masa sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.

Terima kasih kerana mendoakan Sarah

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.”

“Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami.


Saya tidak sangka sampai orang buat majlis doa selamat

“Memang saya hanya boleh mohon orang doakan dia, tapi tidak menjangka ada sampai buat sendiri majlis doa selamat dan bacaan Yasin.”

“Saya balikkan semua doa kepada mereka. Kepada yang sedang menderita positif pandemik, semoga terus tabah. Ini masa kita sama-sama doakan orang lain,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih dan mendoakan semoga kesihatan Siti Sarah kembali pulih.