Dah Lebih 42 Jam Tak Sedarkan Diri, Siti Sarah Terpaksa Ditiarapkan Selepas Bersalin Czer

Seperti yang kita sedia maklum, tular di media sosial sebelum ini, penyanyi dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sairah Raisuddin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun.

Terbaru, Pelawak Shuib Sepahtu mengesahkan isterinya yang juga sudah 42 jam ditidurkan dan masih tidak sedarkan diri.

 

Berita itu dikongsi beberapa jam lalu menerusi akaun Instagram (IG) Story miliknya.

“Setia menanti makmum. Ibu kuat. 42 jam,” tulisnya.

Kini Sarah perlu ditiarapkan kerana jantung yang lemah ketika proses melahirkan bayi mereka melalui cara pembedahan dua hari lalu. Jelas Shuib menerusi satu laporan Harian Metro, Semalam.

“Doktor maklumkan Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan oksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.

“Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Jantung pun sudah lemah. Mungkin Sepanjang pemb.edahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah bekerja banyak.

Darah beku di paru paru

“Difahamkan juga, ada sedikit darah beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembedahan.

Takut setiap kali menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali

“Setiap kali ada panggilan nombor tak dikenali masuk saya menjadi takut. Dalam masa sama saya perlu jawab sebab bimbang ia daripada doktor yang mahu mengemaskini keadaan Sarah atau berita sebaliknya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Shuib memberitahu setiap hari tanpa Sarah disisinya membuatkan dirinya rindu dan hati menjadi sayu.

Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat

“Apabila rindu datang, jadi sakit, memang susah rasa. Di rumah ini saya teringat-ingat dia. Setiap sudut yang dia selalu ada, mesti teringat. Nak kawal sayu, tapi tak boleh.

“Saya selalu bercakap dalam hati dan cakap seorang diri dengan harapan dia dengar,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat Sarah.