Dalam kehidupan seharian, kita akan temui pelbagai jenis manusia. Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain lain malah kita sendiri tidak dapat menjangka apa niat sebenar mereka.
Benar kata orang, bahaya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Terkadang kita rasa rumah kita dah selamat tapi siapa sangka disitu pun boleh mengundang bahaya.
Sebab itu lah kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang buruk pada diri sendiri atau orang yang tersayang.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mengingatkan penduduk di kawasan Presint 11, Putrajaya untuk peka dengan keadaan sekeliling selepas seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri di hadapan rumah.
“Sampai sekarang masih menggigil ketakutan. Nampak macam dia dah lama aim rumah ni.”
Difahamkan dia dimaklumkan oleh jiran bahawa ada seorang lelaki tidak berbaju tercegat di depan pintu rumahnya.
Lebih cemas, dikatakan dikawasan tersebut terdapat banyak kes pecah masuk rumah membuatkan wanita ini takut sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
“Dengan meremang bulu roma turun, buka pintu. Nampak muka polis terus rasa nak nangis.”
Menjengah komen di Twitter, ada yang berkata lelaki tersebut dipercayai individu yang sama selalu datang makan di medan selera Presint 11 tanpa memakai baju.
Antara komen warga maya:
Hati2 pls. Rmh ktorg dkt p9 dah berapa kali kena umpil and nk masuk rmh smpi skrg polis x dpt tangkap. Padahal dah ada rakaman cctv. Rondaan pn ktorg buat sama sendiri. Sedih weh! Maybe sbb kita x duduk P10.
— H S i ق (@popqop3) January 1, 2023
klau tak silap dia ni gila. selalu dtg food court 11 mkn kt situ tanpa baju. smlm dtg tasbih di tangan.
— bapak ella (@MMuhammadazuwan) December 30, 2022
Allah wey seram la sis harap sis you okyy tauuu Thnks anty mona loveee
— helmeee.me (@HelmeeZul) January 2, 2023
Pasang cctv sis, link dgn phone, for precaution onwards! Take care!
— RM | 😎 (@zila_momo) January 2, 2023
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Untuk warga Putrajaya, especially yang duduk Presint 11, please be cautious & alert dengan keadaan sekeliling. Baru je jadi dekat I tgh hari tadi. Sampai skrg masih menggigil ketakutan. Nampak macam dia dah lama aim rumah ni 😭 @putrajayaMY pic.twitter.com/k7CUVBUl1K
— Qissy K. (@NienaQistinaa) December 29, 2022