“Dia nak tumpang tu” Terjumpa Kak Ponti Sewaktu Bersiap Ke Tempat Kerja, Pengalaman Seram Lelaki Ini Buat Ramai Merinding!

Dalam hidup ini, dikatakan terdapat pelbagai lagi hidupan lain yang wujud dan ada yang kita sendiri juga tidak mampu melihatnya dengan mata kasar.

Iospital phone repair gombak

Sejujurnya memang ada individu yang tidak mempercayai akan kewujudan makhluk ghaib ini, akan tetapi tidak dapat dinafikan bahawa makhluk-makhluk ghaib ini sememangnya wujud dan ada sahaja di sekeliling kita.

Begitu juga dengan pengalaman seorang lelaki yang tular dikongsikan di laman TikToknya.

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @meerul.h, dia berkongsikan detik seramnya ketika dia sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja.

Kata Meerul, dia tersedar ada ‘sesuatu’ yang dipercayai Kak Ponti sedang berdiri tegak di hadapan rumah salah seorang jirannya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sebelum dia ingin keluar dari rumahnya lalu terperasan kelibat Kak Ponti tersebut.

Walaupun sudah diterangi dengan lampu jalan, akan tetapi kelibat misteri itu terlihat dengan sangat jelas.

Apa yang lagi membuatkan warganet berasa seram, Kak Ponti itu terlihat turut beralih arah sekali apabila Meerul bergerak mendekati motosikalnya.

Walaupun suara Meerul kedengaran agak cuak ketakutan, akan tetapi Meerul tetap menggagahkan dirinya untuk pergi ke tempat kerjanya.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen ramai yang kurang percaya dengan kewujudan entiti misteri itu.

Malah, ada pula yang berseloroh dengan menyatakan bahawa KAk Ponti itu barangkali ingin menumpang sama Meerul untuk pergi ke tempat kerja.

Antara komen netizen:

“paranormal punya lah payah cari abg depan rumah jumpa dah”

“Panggil lah tanya akak buat apa kat situ,nak pi mana mau sya hantar😂😂😂”


“Dia senang cita klau kita xde niat nak cari memang senang nampak atau jumpa,tapi kalau kita memang ade niat nak cari dia memang susah nak jumpa.”

“aku pernah jumpa dekat kem janda baik dulu…. masa tu siap benti dari berjalan ingat warden menyamar … sekali real laaa.. hareee btull😂”

Video TikTok yang tular:

@meerul.h Rezki nak pergi kerjaa , Die nak tunjuk 😛🥲 #fypdongggggggg #pontianak ♬ original sound – meerul.h