Sampai Menjerit & Lari Bertempiaran, Tindakan 20 Pelajar Aspura Ini Cuba Halau Tikus Buat Ramai Terhibur!

Bayangkan anda sedang duduk tenang sambil layan perasaan, tiba-tiba datang seekor tikus.

Iospital phone repair gombak

Apa yang anda lakukan? Ha mesti tak tentu hala bukan?

Begitulah kisah yang terjadi baru-baru ini yang melibatkan 20 pelajar aspura melakukan cubaan menghalau tikus yang masuk ke dorm mereka telah membuatkan ramai orang berdekah.

Memetik laporan MStar, salah seorang pelajar yang berada di dalam bilik dorm itu, Muhammad Hilman Danish Mohd Liza yang memberikan keterangan mengenai kejadian yang telah berlaku.

“Kejadian tu berlaku selepas prep (ulangkaji) pukul 11.30 malam tahun 2022. Waktu tu Ahad malam, kami bercadang nak gotong-royong bersihkan dorm.

“Jadi, ada sebahagian daripada kami dah gerak balik ke bilik dulu untuk buat kerja pembersihan. Apabila kami yang lain ni sampai, nampak mereka macam sedang ‘berperang’. Jadi kami yang tak tahu cerita ni tanyalah mereka yang dah sampai lebih awal.

“Rupa-rupanya ada tikus. Tikus tu datang dari longkang dan orang yang perasan tikus tu dahulu adalah salah seorang daripada ahli dorm saya,” katanya.

Difahamkan, Danish dan rakan-rakannya itu berasa takut dan geli untuk memegang binatang yang dianggap kotor itu.

Dalam pada itu, walaupun mereka sedar bahawa tikus itu merupakan makhluk perosak dan boleh membawa penyakit, mereka tidak tergamak untuk membunuh haiwan tersebut.

Oleh hal demikian, dia dan rakan-rakannya memikirkan inisiatif lain untuk menghalau tikus itu keluar dari dorm mereka dengan menggunakan penyapu dan mop.

“Nak bunuh pun tak sampai hati sebab ‘dia’ pun makhluk Allah. Kami cuba halau supaya pergi ke luar bilik tapi ‘dia’ lari terlalu laju.

“Hanya dua orang daripada kami yang berani nak halau tikus tu keluar bilik. Yang lain cuma mampu kepung dari pelbagai arah supaya ‘dia’ tak lari ke celah-celah atau tempat sempit dalam bilik.

“Lebih kurang seminit jugalah kami halau dan akhirnya dia keluar sendiri hidup-hidup masuk longkang semula. Memang tak sempat pun nak tangkap masa tu,” terangnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar-pelajar ini berlari bertempiaran dek mengejar dan lari daripadanya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila kedengaran suara jeritan mereka sambil berlari bertempiaran ke sana sini.

Sampaikan ada pula yang memanjat meja untuk mengelak daripada tikus tersebut!

“Saya terhibur baca komen-komen netizen. Sampai ada yang cakap ni aspura ke aspuri.

“Rupanya bila tengok balik video, memang saya rasa riuhnya dorm masa kejadian tu.

“Apa-apa pun saya anggap perkara yang terjadi malam tu antara momen manis ketika berada di asrama. Semua kenangan ni tak boleh dibeli dengan wang ringgit,” ujar Danish.

Video TikTok yang tular:

@hlmndnish 🐭 #fyp #foryoupage ♬ original sound – hilem