Kereta Tak Dapat Keluar Kena ‘Block’ Khemah, Bazaar Dibuka Di Tapak Parkir Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Seperti yang kita sedia maklum apabila menjelmanya bulan Ramadhan, maka banyaklah gerai bazaar yang menjual pelbagai juadah dibuka.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular satu foto menunjukkan kanopi peniaga bazar telah dipasang untuk berniaga di sepanjang jalan.

Namun apa yang lebih menghairankan adalah apabila kereta yang diparkirkan di kawasan tersebut terlebih dahulu telah terperangkap kerana khemah-khemah itu dipacakkan di hadapan kereta-kereta tersebut.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter @isusemasavira itu, dapat dilihat banyak kereta yang terkandas tak dapat dikeluarkan dek khemah yang telah dipacakkan itu.

“Berapa ramai terkandas nak keluar kereta,” tulisnya di kapsyen ciapan foto berkenaan.

Dikatakan, situasi tersebut berlaku di Puchong, Selangor di mana lokasi yang dijadikan tapak bazaar ini terletak berhampiran dengan stesen LRT.

Pengguna LRT pula memarkirkan kenderaan mereka di tapak tersebut sebelum berangkat ke tempat kerja dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Ciapan ini telah mencuri perhatian warga maya sehinggakan orang ramai meluahkan pendapat masing-masing berhubung dengan kejadian tersebut.

Ada individu yang mendakwa bahawa notis bagi pembukaan bazaar di tapak tersebut telah pun awal dikeluarkan, sama seperti tahun-tahun yang sebelumnya.

Difahamkan, notis yang teah dikeluarkan itu meminta orang ramai agar mengosongkan tapak sebelum jam 3 petang pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Hal ini demikian untuk memberikan laluan kepada peniaga-peniaga bazaar di situ untuk berniaga.

Namun melihat pada situasi yang telah berlaku ini, rupa-rupanya ramai yang tidak peka akan notis yang telah dikeluarkan itu dan masih meletakkan kenderaan mereka di kawasan tersebut seperti biasa.

Antara komen netizen:

Ciapan yang tular: