Samer Dituduh Desak Beli Barang & Ambil Kesempatan, Jawapan Padu Syahmi Raih Perhatian Ramai

Sebut sahaja nama youtubers terkenal iaitu Syahmi Sazli, pasti ramai yang terngiang lawak spontan pelakon-pelakon ‘istimewanya’ seperti Asif, Yoe Parey dan yang terkini adalah Samer.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita sering lihat, Samer merupakan seorang individu yang sering datang pada syahmi untuk menjual barang dan caranya berniaga semangnya buat ramai tidak kering gusi malah mengikut sahaja apa yang syahmi mahukan.

Antara yang pernah dibawa ole lelaki ini adalah seperti ikan, pokok bunga plastik, air badak,
ketam nipah dan banyak lagi. Gelagatnya dalam meyakinkan Syahmi tentang barangan yang dibawa membuatkan penonton tidak jemu untuk melihat.

Bagaimanapun, lumrah hidup, ada segelintir orang yang menganggap Samer sengaja mengambil kesempatan ke atas Syahmi serta mendedak untuk membeli barangan yang dibawa.

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang mempersoalkan dimanakah Samer mengambil barang-barang yang dibawa untuk jual pada Syahmi.

Sempat membuat klarifikasi, Syahmi tampil memaklumkan dia langsung tidak pernah rasa dirinya didesak ataupun terpaksa membeli barangan tersebut malah tidak kisah untuk membeli.


Ujar Syahmi, barangan yang dibawa tidaklah merupakan barangan mewah yang berharga mahal dan sekadar cukup untuk membeli barangan keperluan Samer sendiri seperti pakaian, makanan dan lain-lain.

Bagi meredakan keadaan, Syahmi membuat keputusan untuk berhenti membuat video bersama Samer malah sempat merakamkan video terakhir dimana dia membantu Samer membeli barangan keperluan rumah seperti katil, meja, tilam, bantal.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan sikap segelintir manusia yang mempunyai hasad dengki yang membuak-buak sehinggakan cemburu melihat orang lain berkongsi rezeki.

Bukan itu sahaja, netizen kagum dengan cara dan kegigihan Samer dalam mencari rezeki dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Antara komen warga maya:

“Yang mana hina Samer tu, baik korang pergi minta maaf.. dia tu bukan macam kita.. dia istimewa..”

“Sian Samer.. patut la syahmi tak teruskan content tu sebab dia sian Samer kena hina dengan orang”


“Syahmi okay je.. Netizen pula panas.. sekurang kurangnya dia usaha juga cari duit walaupun dia macam tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@syahmisazlinewIngat Samer tk berniaga harini..♬ original sound – Syahmi Sazli

@syahmisazlinewSamer dah ada 6 orang staff..♬ original sound – Syahmi Sazli

@syahmisazlinewBoat pulakkk..♬ original sound – Syahmi Sazli

@syahmisazlinewPokok pulak..♬ original sound – Syahmi Sazli

@syahmisazlinewKisah Samer (Episode Akhir: Part 2)♬ original sound – Syahmi Sazli

@wanalepwanie Jangan cepat menghukum. Jangan cepat membenci orang. #samersejuk #samersyahmisazli #syahmisazli #syahmisazliproduction #samersyahmi ♬ bunyi asal – JAGINDAS BOTA_0