“Buat tutorial dik” Gelagat Budak Lelaki Bermain Gelongsor Waterpark Undang Dekah Ramai

Sebut sahaja tentang taman tema air, pasti ramai daripada kita ‘excited’ tidak kiralah tua muda mahupun kanak-kanak.

Iospital phone repair gombak

Kalau bawa anak ke waterpark, pasti ramai diantara mereka yang tak puas malah sehinggakan tidak mahu pulang dibuatnya. Habis semua permainan mereka main seakan langsung tidak berasa penat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang budak lelaki turun daripada gelongsor buat ramai terhibur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @silvia19852, kelihatan budak lelaki itu sedang bermain di salah satu permainan gelongsor di taman tema air.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah badannya dilihat terapung lama di atas permukaan air sebelum dia tenggelam ke bawah.

Situasi tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimanakah dia melakukan perkara tersebut kerana selalunya orang akan terus tenggelam ke dalam kolam setelah turun dari gelongsor.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat aksi luar biasa budak lelaki itu bermain taman tema air.

“Dik aku tak boleh stop gelak ha, kau buat tuto dik aku penatlah main gelongsor asyik lemas je” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan mujurlah dia tidak meluncur sehingga keluar daripada kolam tersebut.

Antara komen warga maya:

“murid naruto”

“jet sky manual😂”


“dik aku takleh stop gelak ha, ko buat tuto dik aku penatla main gelongsor asik lemas je”

“Oohh ternyata “Naruto” itu wujud d alam ini, ku kira d alam cartoon aja yg ad😌”

Video yang tular di laman TikTok:

@silvia19852 #lesti_kejora #viral #fyp ♬ suara asli – AccuTeru