Sambut Hari Lahir ke-107, Wanita Ini Kongsi Rahsia Umur Panjangnya Iaitu ‘Tidak Pernah Berkahwin’

Seorang wanita yang meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-107 pada hari Rabu minggu ini berkongsi rahsia bagaimana dia mengekalkan kesihatannya pada usia lanjut.

Louise Jean Signore yang tinggal di Bronx di New York, mengekalkan diet dan senaman yang sihat.

Namun dia percaya sebab sebenar mengapa dia menikmati umur lebih daripada satu abad adalah kerana dia hidup bersendirian dan tidak berkahwin!

Signore memberitahu:

“Saya fikir rahsia umur saya 107 ialah saya tidak pernah berkahwin. Malah adik saya pernah berkata, ‘Saya harap saya tidak pernah berkahwin.”

Adik perempuannya itu berusia 102 tahun, jadi umur panjang mungkin genetik di dalam keluarganya.

Mengulas petua lain, dia menambah:

“Makanan Itali! Makanan Itali sangat baik untuk anda. Saya dibesarkan dengan makanan yang sangat baik. Tiada soda, tiada kek.

“Sekiranya mereka bersenam, saya melakukan latihan ini. Sekiranya mereka menari, saya menari.

“Saya masih juga menari sedikit. Selepas makan tengahari saya, saya akan bermain bingo, jadi saya mempunyai hari penuh.”

Signore meraikan kejayaannya dengan pesta ulang tahun di Pusat Komuniti Bartow di Coop City. Lebih daripada 100 orang hadir.

Memiliki umur panjang merupakan satu rahmat dengan cabaran. Signore baru-baru ini mengalami radang paru-paru dan pada umur 103 dia terselamat dari satu insiden di bangunan apartmennya.

Kekuatannya memberi inspirasi kepada semua, menurut wartawan CBS, Jessica Layton.

Untuk rekod, wanita yang paling tua di Amerika Syarikat dipegang oleh Alelia Murphy yang berusia 114.

Murphy tinggal di Harlem di New York, yang juga tempat kelahiran Signore.