“Samak Je Lah!!” Isu Pegang Khinzir, Suami Daphne Iking Tampil Sekolahkan Netizen

Pelakon dan pengacara terkenal Daphne Iking atau nama sebenarnya Maria Daphne Eleanor Mozes Iking ini telah mendedahkan bahwa sebelum dan selepas memeluk agama Islam dia tidak pernah menggemari untuk menikmati hidangan daging khinzir. Malah sehingga kini, dia mengatakan ramai yang bertanyakan soalan jika pelakon ini tidak merindukan makan daging khinzir yang sememangnya haram untuk dimakan.

Menerusi sedutan video YouTube siarannya yang dimuat naik di laman Instagram, dia menjelaskan sebab tidak makan daging khinzir adalah kerana keluarganya memiliki ladang ternakan.

“Ada juga yang tanya tak rindu ke makan b”bi ke? Saya jawab tidak sebab saya memang tak suka makan b*bi tapi sebenarnya sebab utama saya tak makan daging khinzir adalah kami ada big farm yang membela haiwan ternakan termasuk b*bi” katanya.

Di dalam video tersebut juga, memaparkan Daphne Iking yang sedang mesra melayan haiwan peliharaan termasuk memberi susu kepada dua ekor daging khinzir. Pelakon kelahiran Sabah ini juga terlihat kagum dengan seekor burung nuri dengan kebolehannya yang pandai membuka kuaci.

Pun begitu, perkongsian oleh suaminya itu mengatakan pada awalnya dia tidak menyangka isterinya itu suka akan haiwan peliharaan seperti khinzir dan anjing.

“Daphne seorang yang cinta kepada haiwan….atau mana-mana makhluk Tuhan,…dan pada mulanya saya terkejut dengan kecintaannya terhadap babi dan anjing di kampung, kerana dia memberi mereka penghormatan seperti bagaimana semua hidupan harus dihormati..”

“Bagi saya, sebagai seorang Muslim Malaysia, kita telah dibiasakan untuk takutkan mereka, menganggap mereka sebagai haiwan yang kotor dan saya rasa itu adalah cara yang salah untuk membesarkan anak-anak kita!!..”

Menurut Joe,  makhluk seperti anjing dan khinzir juga perlu disayangi bukan dikeji, ditendang atau sebaliknya. Pada pendapatnya, kalau sudah memegang babi seharusnya samak sahaja.

“Haiwan ini telah dicipta oleh Tuhan yang sama yang mencipta manusia dan semua makhluk hidup dan mereka mesti berada di sini untuk satu tujuan… dan pastinya bukan dengan tujuan untuk kita
menendang mereka atau mengejek mereka, seperti yang saya lihat berkali-kali dalam akhbar.

“My philosophy is simple, kalau rasa kotor, cucilah je tangan!! habis cerita.….bila time covid pandai pakai disinfectant kan?? so kalau sudah pegang itu b”bi, samak je lah!!!” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapatnya tentang memegang haiwan peliharaan yang haram di sisi Islam. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan mentality orang Melayu sememangnya gemar untuk merumitkan benda yang mudah.

Antara komen warga maya:

“Babi cuma haram dimakan.anjing sja perlu disamak.Masih ada mazhab muktabar yg kata sentuh babi tak perlu samak.Basuh sja mcm biasa..Islam tu luas, jgn sempitkan guna akal org melayu..”


“Sure..just dont forget to samak..”


“Thats it @joelebosi! Thats it.. thats what Malaysian muslims need to hear. I thank you that Daphne show you her love to all animals whom are creatures of God too…”

“Ciptaan Tuhan juga. Ada hikmah di sebalik semua ciptaan…macam my vet dr diaorg moslem and treat all living animals without prejudice or hatred. Diaorg blg senang saja bah samak saja lepas tu…”

Perkongsian yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Joe Lebosi (@joelebosi)