“Dia Tak Drama Tapi Hargai Arwah..” Radio Putar Lagu Siti Sarah Reaksi Shuib Sepahtu Undang Sebak Netizen

Seperti yang kita tahu, Shuib Sepahtu kini sudah kembali aktif dalam dunia hiburan sebagai penyampai radio Suria Fm digandingkan bersama Ajak Shiro dan Soraya Borhan. Kehadiran Shuib Sepahtu juga dilihat semakin memeriahkan.

Pagi tadi di konti Suria Fm,  topik perbualan mereka adalah  ‘mengidam’. Pelbagai cerita menarik yang telah dikongsikan. Malah para pendengar yang menghubungi konti Suria Fm juga tidak ketinggalan untuk berkongsi cerita yang didengari sangat sedih.

Dalam pada itu, Shuib juga sempat mengimbas kembali kenangan bersama arwah isterinya Siti Sarah yang mengidam mahu menghidu sabun atau cecair pelembut.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah perkongsian Ajak Shiro di laman Instagramnya dimana memaparkan Shuib Sepahtu yang berpaling ke belakang sewaktu lagu yang dinyanyikan oleh arwah isterinya diputarkan ke udara.  Shuib juga terlihat seperti tahan nafas untuk tidak mengalirkan air mata dan dia tersenyum mendengarkan suara isterinya.

Namun kapsyen yang ditulis oleh rakan kerjanya itu merupakan kata-kata Shuib yang pernah berkongsi pendapat mengenai suami haruslah tunaikan permintaan isteri selagi berpeluang kerana mungkin itu merupakan permintaan yang terakhir.

“Kalau isteri kita mengidam, Suami usahalah sebaiknya tunaikan.. Barangkali itu adalah permintaan terakhir dia. -Shuib” tulis ajak di ruangan kapsyen.

Pelawak ini juga sempat meninggalkan komen mengatakan video tersebut telah membuatkan dirinya mengalirkan air mata diawal pagi namun jawapan Ajak adalah dia lagi kejam kerana boleh membuat orang tertawa disaat masing-masing sebak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga turut sedih dengan reaksi Shuib Sepahtu sewaktu lagi isterinya dimainkan. Bukan itu sahaja merek turut memahami keadaannya yang masih lagi merasakan kehilangan orang yang tersayang.

Antara komen warga maya:

“Orang kehilangan je tahu, macam mana perasaan tu..tambah-tambah lagi kehilangan orang yang tersayang..”


“Tulah tadi sambil bawak kete..dengar dia bercoleteh kat sinar pasal isteri mengidam..ramai orang respon pasal isteri mengidam lepastu part Shuib dia cerita Siti Sarah makan pewangi sabun, aku turut sebak and ngandung kat ayash dia suka makan daging..lepastu lagu arwah pulak yang keluar..

“Yang komen tak move on tu, alahaii korang yang putus cinta pun kalau dengar lagu yang ada kaitan dengan ex pun dah sendu..inikan pulak shuib, isteri dia punya lagu suara isteri dia..”


“Sambil kerja sambil dengar..tersentuh..cipta lah memory banyak yang mungkin sebab benda tu lah kenangan terindah..”

 

Tekan di sini untuk melihat video tersebut.