Berpelukan & Berpegangan Tangan, Gelagat ‘Bersemut’ Mummy Mas Idayu Buat Netizen Tak Sabar Untuk Hari Bahagia

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi dangdut yang mesra dipanggil ‘Mummy’ ini? Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Dia juga menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan dan merupakan salah seorang penyanyi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut sejak era 1990an.

Dia sangat dikenali dengan sifat tegasnya namun kadang-kadang melucukan sehinggakan sesiapa sahaja rtis yang ‘mulut puaka’ memang lawannya adalah Mummy Mas Idayu sahaja!

Sedar atau tidak sedar, tinggal seminggu sahaja lagi penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang bakal menamatkan zaman solonya dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September ini.

Terdahulu, sebuah video majlis bersiramnya telah menjadi perbualan hangat dengan gelagatnya di platform media sosial. Tidak lama kemudian, dia juga berkongsikan momen fotografi ‘pre-wedding’ di Avani Sepang Resort yang ditaja oleh Magica.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram itu memaparkan Mas Idayu yang dilihat cukup cantik dengan busana putih bersama bakal suaminya yang bersut hitam itu. Mas Idayu juga sempat mengucapkan terima kasih kepada penaja-penajanya di ruangan kapsyen.

Di dalam video tersebut juga kelihatan pasangan ini sangat mesra berpegegangan tangan dan berpeluk semasa sesi fotografi itu sekaligus tampak bagai ‘pinang dibelah dua’ kerana sama cantik dan sama padan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan Mas Idayu dan pilihan suaminya serta memuji kecantikkan mas idayu yang jelas terserlah walaupun sudah berusia.

Bukan itu sahaja, netizen juga  tidak sabar untuk menantikan hari bahagia mas idayu dan mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Antara komen warga maya:

“Tahniah mummy..nampak mummy happy..syukur alhamdulillah..”


“Sukalah mummy sekarang sweet je..”

“Bersyemut hahah..see u soon bestie!!”

“Tahniah korang..”

“Alhamdulliah..tahniah mummy & daddy..sweetnya romantiknyaa mummy dengan daddy ni..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masidayu Mesnun (@masidayu1001)

Sekadar info, majlis pernikahan Mas Idayu dan Muhammad Sufian bakal diadakan di Magica Quill City, Kuala Lumpur jam 9 pagi. Majlis resepsi pula akan diadakan pada sebelah malam.