“Salute!” Issey Kantoikan Sikap Nabil Ahmad Di Konti Sebelum Bertugas Buat Ramai Kagum

Baru-baru ini tular dimana seorang penyampai radio memuat naik satu video dimana rupanya konti radio radio di Malaysia berada di dalam bangunan yang sama.

Bahkan ramai daripada kita yang baru tahu tentang perkara tersebut. Mereka siap boleh lepak ‘setable’ lagi tau!

Pun begitu, baru-baru ini Isey yang juga pengacara radio dedahkan apa yang dilakukan oleh seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio Era iaitu Nabil Ahmad ketika berada di konti radio mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @IseyFazlisham, jam pada ketika itu menunjukkan pukul 7 pagi dan Nabil telahpun berada di dalam konti.

“Jam 7 pagi.. meh tengok Nabil buat apa.. mengaji dalam konti..”

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai kagum termasuklah Isey sendiri, Nabil kelihatan sedang kusyuk mengaji sebelum menjalankan tugasan.


“Sebab tu aku suka dan minat Nabil punya perjuangan,”- Isey

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen salute dengan penghijrahan dan perjuangan Nabil hingga ke tahap ini.

“Thankyou Issey kongsi, nampak simple je video awak tapi memberi kesan kepada semua yang ingin dan sedang berubah menjadi lebih baik..”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui banyak perubahan yang boleh dilihat pada Nabil dari dahulu sehingga kini sekaligus menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada para peminat

Antara komen warga maya:

“Aku suka jalan cerita kehidupan Nabil ni.. dari yang aku kenal seorang ofis boy.. sekarang dah ada macam2 tetap sempoi.. salute..”

“Nabil ni buat kebaikan tak menunjuk.. cuma kawan2 yang viralkan..”


“Memang banyaik perubahan Nabil..”

“Terima kasih untuk ini.. bila melihat aku rasa terkesan sangat..”

“Moga perubahan yang baik ni jadi ikutan peminat2 dan artis2 yang lain”

“Kadang2 tengok benda2 macam ni menjadi asbab untuk kita berubah juga..”

“Sebab tu rezeki dia tak putus.. dia utamakan apa yang perlu diutamakan..”


Video yang tular di laman TikTok:

@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA ♬ original sound – JalilRazak