Sakan Order Mc Donalds Sampai RM 17K, Gelagat Dua Budak Ini Buat Ramai Terhibur!

Perkhidmatan yang cepat adalah faktor yang paling utama yang membuatkan ramai yang mengunjungi restoran ‘fast food’. Terdapat pelbagai jenis restoran makanan segera diusahakan diMalaysia seperti Mc Donald’s, KFC, Dominos Pizza, Pizza Hut dan banyak lagi.
Iospital phone repair gombak
Secukup rasa, mudah didapati, 24 jam dijual dan harganya berpatutan itulah diantara punca ramai orang kini memilih untuk makan makanan segera berbanding makanan biasa tidak kira lah apa peringkat umur sekalipun.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat dua beradik yang mengunjungi Mc Donald’s mencuri perhatian ramai!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ rmdhn_._, dapat kita lihat seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan sakan order makanan di mesin kiosk.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah dua beradik itu seronok bermain di mesin kiosk dalam McDonald’s sampai harga jumlah pesanan menjadi lebih RM17,000.

Mereka seakan berlawan order siapa yang paling banyak. Dapat kita lihat, budak lelaki tersebut ‘meraih’ jumlah sebanyak RM 6154.92 manakala jumlah harga yang terpalar di skrin kioks budak perempuan sebanyak RM 17,152.71 sekaligus membuatkan ramai terkejut.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dua budak tersebut malah berseloroh mengatakan boleh menangis penjaga mereka jika tertekan ‘pay at counter’.

“Dia ingat main game collect point paling banyak ke? Kerlazzz mainan budak-budak zaman sekarang, aku dulu tekan-tekan public phone je” – Netizen

Antara komen warga maya:

“Itu kalau dia tekanpay at counter memang nangis mak dia”

“Dia ingat main game  collect point paling banyak ke siaaa”


“RM 17,152.71 sobatt ko nak beli 1 company ka”

“17K budak tu nak belanja satu sekolah ke satu kampung”

“Aku kalau jadi staff dekat situ, aku buat je order tu, pastu panggil parents dia datang bayar, siapa suruh tak jaga anak”

“Kerlazzz mainan budak2 zaman sekarang.. aku dulu tekan2 public phone je”

“Terkejut dan terpaku melihatnya”

“Fuh boleh beli ysuku sebiji siakk”

Husnuon jela dia nak bagi2 kat orang susah tu.. ”


Video yang tular di laman TikTok:

@rmdhn_._kaya betul kau dik 😭💀🗿

♬ original sound – Azmawie Yasin