“Padulah pakcik! Gelagat Seorang Pakcik Halau Kelawar ‘Sesat’ Guna Kain Pelikat Buat Ramai Terhibur!

Rumah ataupun tempat kita tidur adalah ruangan yang paling selesa untuk berehat. Jadi, sudah tentu kita akan memastikan tiada haiwan ‘sesat’ yang berada di ruangan tersebut apatah lagi ianya merupakan haiwan yang berbahaya serta memudaratkan.
Iospital phone repair gombak
Tentunya kita mempunyai pelbagai cara untuk menghalau haiwan berkenaan seperti pakcik ini yang mempunyai cara tersendiri menghalau binatang mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @johnyberdosah, kelihatan beberapa buah keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat seorang pakcik yang sangat berani menghalau kelawar ‘sesat’.

Pakcik tersebut hanya menggunakan sehelai kain pelikat sahaja bagi mengahalau binatang itu sehingga kelawar tersebut dilihat terhuyung hayang di dalam PPS serta menimbulkan kekacauan pada mangsa banjir di situ.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap pakcik tersebut yang menjaga keamanan penghuni PPS.

“Padu pak cik, terus cari jalan keluar kelawar tu” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh mengatakan tengu kelawar tersebut menyesal memasuki kawasan PPS itu.

Antara komen warga maya:

“Mereng kelawar tu jap kena libat.. bunyi kena libas pun padu”

“Padu pakcik, terus cari jalan keluar kelawar tu”


“Padu sangat tu pakcik brand apa raket tu berapa tension tarik..”

“Ni mesti dulu2 member dengan anak2 sidek”

“Macam mana anak dia eh kena dengan ayah dia ni kalau buat hal mahu tali pinggang dibuatnya”

“Icu kelawar tu dengar kata kelawar tu masih tak sedarkan diri”


Video yang tular di laman TikTok:

@johnyberdosahPaduuu pakcik ni

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 393.5K tontonan, 14.5K tanda suka, 112 komen, 632 simpanan dan 91 perkongsian di aplikasi TikTok.

Fuhhh dia tibai macam gitu je ek, sekali imbas macam Lee Chong Wei!