“Semua salah Ummi,” Budak Lelaki Sakan OOTD, Sampai Depan Pintu Kelas Terus Menangis Jadi Perhatian Netizen

Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah dek kerana perintah kawalan pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan.

Manakan tidak, biasa ‘berkepit’ dengan mak ayah namun kali ini perlu berdikari sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan.

Situasi yang sering kita dengar adalah, anak-anak tidak mahu masuk ke dalam kelas, anak-anak nangis bila ibu bapa beredar dan bermacam ragam lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki tidak dpat menahan sebaknya ketika bersalaman dengan ibunya mencuri perhatian ramai.


Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amirulalifsuhaimi, pada awalnya budak lelaki tersebut kelihatan sangat bergaya dan sempat posing untuk gambar OOTD (Outfit Of The Day).

Lihat sajalah keyakinannya yang seakan tidak gentar untuk menjejaki alam persekolahan buat pertama kali.

Dia juga dilihat gembira berada di atas motor untuk ke sekolah sambil dihantar oleh seorang lelaki yang dipercayai ayahnya.

Pun begitu, sampai sahaja di sekolah dan ingin masuk ke pintu kelas, keceriaan yang ada pada wajahnya seolah-olah hilang dan apa yang ada hanyalah rasa takut apabila melihat guru dan rakan-rakannya yang lain.

Dia yang pada ketika itu selesai membasuh tangan tiba-tiba menangis dan memeluk ibunya dengan erat sambil dipujuk oleh guru yang berada di situ.

Oleh kerana sudah habis cara memujuk, gurunya terpaksa mendukung budak lelaki ini masuk ke dalam kelas.

Namun begitu apa yang lebih lucu adalah, moodnya kelihatan kembali ceria setelah diberi makan oleh gurunya.

Adoiii.. dah macho dah, boleh pula takut nak masuk kelas..

Video yang tular di laman TikTok:

“FIRST DAY SCHOOL GAGAL nak jadi buaya kena mula dari bawah LOVEYOU HEROOO”

@amirulalifsuhaimi FIRST DAY SCHOOL 🤦 GAGAL 👎🏻nak jadi buaya kena mula dari bawah 😛🤭 LOVEYOU HEROOO 😘❤️#PUBGMOBILEColor4 ♬ DJ Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Bedoa – Bulqen Music

@amirulalifsuhaimi Balas kepada @secretname_12 ♬ bunyi asal – Amirul Alif

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat budak lelaki ini yang pada awalnya semangat nak ke sekolah namun lain pula jadinya setibanya di depan pintu kelas.

Bukan itu sahaja, para netizen juga sempat berseloroh mengatakan ini semua disebabkan oleh ‘umi’nya kerana hendak bersalaman sewaktu anaknya mahu masuk ke dalam kelas.

Antara komen warga maya:

“Semua salah ummi,”

“Kalau anak baru2 masuk sekolah, once hantar, cpt2 la hilangkan diri. nnt dah nangis dia nak ikut balik, kita plak jadi serba salah”


“Sebenarnya budak dah cuci tangan dah nak masuk class as good boy…. Mak dia yang panggil balik untuk salam.. Lepas tu peluk lagi.. Sedih member”

“Dah elok budak tu nak masuk kelas..last2 si mak lak buat mcm setahun tak jumpa..hahaha”

“ahahaha terus cancel nak masuk kelas, macam2 la ragam hang adik”

“Hahaha salah umi la, member dah relax je nak masuk kelas,”