“Sah ke?” Kongsi Cerita Kena Kejar Kucing Sampai Sakit Lutut, Ustaz Azhar Idrus Beri Jawapan Sambil Terhibur

Siapa sahaja tak kenal dengan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) bukan?

Iospital phone repair gombak

Sambil berkongsikan ilmu agama, turut menyelitkan unsur-unsur humor yang membuatkan ramai orang tertarik mendengar dan menyertai kuliah agamanya itu.

Baru-baru ini pula, tulae sebuah video mengenai seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Darussaadah Kedah yang mengajukan soalan kepada UAI mengenai kemusykilannya telah meraih perhatian ramai.

Menerusi klip video yang dimuat naik semula oleh TikTok @dinlebaibetta itu, pelajar tersebut bangun dan memperkenalkan dirinya sebelum mengemukakan soalan.

Dapat dilihat, UAI dan Menteri Besar (MB) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berada di situ sambil memperhatikan gelagat pelajar tersebut.

“Assalamualaikum ustaz, Datuk Seri… nama saya Mahdi Rabbani, umur saya sekarang ni 15 tahun. Saya sekolah SMA Darussaadah, dekat Titi Besi, Kepala Batas.

“Nervous sikit ustaz sebab first time jumpa MB depan-depan ni, nervous sikit la,” terangnya setelah diusik UAI yang bertanya sekiranya dia mengenali MB Kedah itu.

Sewaktu berlangsungnya majlis agama Karnival Kedah Sejahtera 2023, UAI sempat juga berseloroh mengenai jersi pasukan bola sepak Manchester United (MU) yang disarungkan oleh pelajar tersebut.

“Beli kat Padang Besar, Perlis… RM45 ja. Kira berbaloi la tu ustaz. Saya sokong Kedah, cuma baju ja (MU). Jersi Kedah tak ada lagi,” ujar remaja itu secara bergurau.

Sebelum mengajukan soalan, pelajar itu menceritakan kisahnya terlebih dahulu bahawa dia terjatuh ketika pulang menunaikan solat Asar dari surau asramanya.

“Sekarang ni saya sakit lutut, terjatuh atas jalan tar sebab kena ligan (kejar) dengan kucing. Waktu tu lepas sembahyang Asar, saya keluar surau dan nampak kucing dekat belakang.

“Saya buat tak tahu tentang kucing tu. Apabila saya jalan, kucing tu ikut daripada belakang. Kemudian saya lari la.

“Apabila lari, kucing tu ligan! Sampai pagar asrama, waktu nak langkah masuk tiba-tiba tersadung, jatuh. Nasib baik tak patah gigi. Kalau patah kena pakai gigi palsu,” katanya.

Disertai dengan gelak ketawa para hadirin, pelajar itu bertanyakan soalan kepada UAI sekiranya masih sah untuk dia bertindak mengimamkan solat berjemaah memandangkan keadaannya yang masih uzur (sakit lutut).

“Lutut dah sakit, duduk antara dua sujud tak boleh. Saya kena duduk atas kerusi. Jadi soalan saya, nak pastikanlah sebab sekarang saya was-was sikit.

“Sah atau tidak kita yang uzur ni jadi imam untuk solat jemaah, sebab sekarang saya was-was. Ada orang cakap boleh, ada orang cakap tak boleh,” soal pelajar itu.

Ekoran itu, UAI pun menjawab persoalannya bahawa tiada masalah untuk Mahdi menjadi imam kerana keuzuran yang dialaminya tidak sama seperti uzur orang perempuan yang datang haid.

“Ada uzur yang boleh, ada uzur yang tak boleh. Kalau sakit kaki, uzur yang boleh.

“Uzur yang tak boleh jadi imam ialah uzur haid. Nak habaq (beritahu) kepada semua. Kalau setakat pening, sembahyang tak boleh berdiri… boleh, boleh lagi jadi imam. Imam duduk, makmum berdiri, boleh.

“Sah imam sembahyang duduk, makmum sembahyang berdiri, kerana apa duduk? Sebab uzur. Tapi kalau uzur tak boleh baca dengan sempurna, itu tak boleh,” jawab UAI.

Video yang tular:

@dinlebaibetta sempoi adik ni..berani ty soalan..soalan pon ttg bab solat baguih2..😀 #fyp #fypviral #sanusimdnor #uai #santaitapiberisi #mbkedah #CapCut ♬ original sound – Muhamad Nassarudin