Berpisah Dengan Isteri, Tukang Kasut Gigih Bawa 4 Anak Kecil Cari Rezeki Buat Ramai Sayu

Tidak semua di antara kita bernasib baik dan menjalani kehidupan mewah. Ada yang tidur beralaskan tilam, ada juga yang tidur beralaskan kotak.
Iospital phone repair gombak
Begitulah perumpamaan yang dapat kita gambarkan dimana tidak semua orang mampu untuk memiliki sesuatu benda bahkan ujian hidup setiap insan adalah berbeza.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah membawa anak-anaknya bekerja sekali di tepi jalan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @traveljimat, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di tepi koridor di lokasi CIMB Bank, Johor Jaya.

Namun apa yang mengundang sebak ramai adalah apabila kelihatan seorang ayah tunggal membawa keempat-empat anaknya pergi kerja. Anaknya itu dilihat ada yang duduk, ada yang terbaring dan ada yang dipangku.


Difahamkan, lelaki itu perlu membawa anak-anaknya mencari rezeki sebagai tukang kasut kerana dia baru saja berpisah dengan isterinya.

Meninjau di ruangankomen, rata-rata warga netizen sebak melihat kegigihan lelaki tersebut yang tidak mempunyai sebarang pilihan dan perlu membawa kesemua anaknya mencari nafkah.

“Lelaki diuji ketika dia ada segalanya, perempuan pula diuji bila suami tiada apa-apa. Aku doakan kau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan bang” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen turut pertikaikan sikap si isteri yang langsung tidak bertanggungjawab dan lepas tangan atas isu anak.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: