Sah Bergelar Isteri Ahli Perniagaan, Ainul Aishah Titip Rasa Syukur

Siapa yang pernah menonton filem Nana Tanjung pasti mengenali watak Siti Hajar yang dibawakan oleh Ainul Aishah ini malah dia mula terkenal menerusi filem Histeria sebagai Marina.

Seorang pelakon dan model Ainul Aishah atau nama sebenarnya Ainul Aishah binti Azizun ini telah menamatkan zaman solonya dengan sekali lafaz bersama ahli perniagaan Khalid Redzuan selepas lima tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Majlis tersebut berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Persalinan dress moden serta baju Melayu serba putih ini menambahkan lagi keserian mereka sebagai pengantin baru.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh tuan badan sendiri di laman Instagram miliknya yang memaparkan foto dan momen indah sepanjang majlis pernikahannya.

Menerusi satu foto, Ainul Aishah telah menulis kapsyen yang meluahkan rasa bersyukur dengan hari bahagianya. Bukan itu sahaja, dia turut merasakan majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapatnya itu bakal menjadi kenangan yang terindah.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, atas berkat doa semua..urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya. I am so thankful for everything,i am finally a wife to the most loving man. I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day…”

“This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ucapan tahniah kepada Ainul Aishah serta suaminya Khalid Redzuan malah mereka juga mendoakan agar pengantin ini kekal hingga ke jannah.

Antara komen warganet:

“So beautiful, congrats dear! Semoga kekal bahagia bersama hingga ke jannah..aamin..”


“Congratulations babe..Semoga berbahagia sampai ke Jannah..”


“Alhamdulillah congratulations for you both happy newlyweds 0 Until to jannah. quickly quickly got your daughter and son @ainulaishah and your husband.”

“Alhamdulillah, Congrats. Semoga bahagia hingga ke syurga. Aamiin”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by . (@ainulaishah)