Connect with us

Selebriti

Noah Pimpin Bacaan Yassin Sempena Hari Lahir Arwah Ashraf Sinclair, Luahan BCL Buat Ramai Sebak

Pada tanggal 18 Februari 2020, seorang pelakon terkenal Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya di Jakarta Indonesia, kira-kira jam 4:51 pagi akibat serangan jantung. Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair ini mula menempa nama menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu. Dia juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1997.

Pun begitu, detik-detik akhir yang dikongsikan oleh isterinya Bunga Citra Lestari membuatkan ramai yang turut berduka malah kisah percintaan mereka masih kuat menyentuh hati masyarakat di Indonesia bahkan juga di Malaysia.

Baru-baru isterinya telah berkongsi beberapa foto serta momen bersama mentuanya di pusara suaminya ketika hari ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Bunga Citra Lestari ini memaparkan foto Ashraf bersama anaknya Noah Aiden di laman Instagram. Dia turut meluahkan rasa rindunya di ruangan kaspyen.

“Hey you…Happy Birthday. We miss you and love you, always..” tulisnya Bunga Citra Lestari.

Dalam pada masa yang sama, dia turut menyertakan beberapa keping gambar bersama ahli keluarganya dan keluarga suaminya dari Malaysia ketika menziarahi pusara Ashraf.

Namun apa yang lebih mencuri perhatian apabila ibu Ashraf memaklumkan bahwa cucunya, Noah telah memimpin bacaan Yasin ketika di pusara sempena ulang tahun kelahiran bapanya.

Selain itu, ibunya turut mengatakan dia tidak pernah lupa untuk mendoakan anaknya dan menitipkan doa buat ashraf agar ditempatkan di kalangan orang beriman.


“Al-Fatihah untuk Almarhum Ashraf. Umi dan daddy berada disini sempena hari lahir ulang tahun kelahiran Ashraf. Noah memimpin bacaan surah Yasin bersama seluruh keluarga tercinta di Jakarta. Umi tidak pernah terlepas membacakan doa untuk Ashraf ditempatkan ke dalam syurga, Amin” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan artis dan warganet turut sedehkan Al-Fatihah buat allahyarham dan mendoakan agar Bunga Citra Lestari dan anak lelakinya Noah terus kuat dalam menjalani kehidupan.

Antara komen warganet:

“Alfatihah For Ashraf. Um..InshaaAllah he is in Jannah by now Um..Lots of love for you and daddy, Aisyah And everyone in Malay from Indonesia..”

“No need to forget nor remember..just keep in your hearts always, be happy n find someone that love you..and he will happy to see you and your son happy..”

“Most handsome and rare husband nowadays. Where to find, you guys were meant for each other..”


“Al Fatihah..happy birthday Ash..”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Advertisement

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)