Terdahulu, penyanyi bertaraf lagenda, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu” ini tular di platform media sosial mengenai isu tuntutan hadiah tanah lot banglo sewaktu menjuarai Gegar Vaganza musim ke-4.
Penyanyi ini yang menjuarai program tersebut pada tahun 2017 mendakwa sudah lima tahun dia masih belum menerima hadiah berupa sebidang tanah lot banglo yang dijanjikan oleh penaja. Walau bagaimanapun, dia telah mengambil tindakan mahkamah ke atas penaja tersebut untuk menuntut haknya.
Kemenangan tersebut melayakkannya untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.
Terbaharu, Datuk Aishah Ariffin meluahkan rasa syukur apabila isu kes tuntutan hadiah sewaktu memenangi program Gegar Vaganza akhirnya selesai.
Memetik sumber, Aishah mengatakan dirinya sudah boleh menarik nafas lega dan duduk dengan tenang kerana sudah hampir lima tahun dia sabar dengan penanja berkenaan walaupun terpaksa berulang-alik ke mahkamah hanya untuk menuntut hak tersebut.
“Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang. Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!” ujarnya.
Menerusi beberapa perkongsian video dan foto di laman Instagram milik Aishah, penyanyi ini telah memuat naik satu video ucapan wakil peguamnya Mohammad Izwan Mazniza Kamil & Associates.
Di dalam video tersebut, peguam tersebut menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah dan mereka juga tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian yang dipersetujui oleh penyanyi itu sendiri.
“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat ‘proposal settlement’ daripada pihak penaja dan Aishah sendiri sudah bersetuju. Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja” katanya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Datuk Aishah Ariffin yang berjaya menuntut hadiah sebidang tanah lot oleh penaja berkenaan sewaktu memenangi program Gegar Vaganza musim ke-4.
Antara komen warganet:
“Alhamdulilah..moga urusan kak Aisyah di permudahkan Allah swt..”
“Congratulations Tuan Peguam semua dan plaintiff..”
“Dapat dah ke? Alhamdulillah..”
“Syukur bila berjaya… Kita berjuang untuk hak kita… Sbb agama pun ada myebut.. mati syahid bila mtahan hak kita… Maksudnye harta.. selagi tak berjuang berjuang sampai berjaya… Tahniah dan congratulations.. bila berjaya.. terbaikkk..”
Perkongsian di laman Instagram: