Saat Suami Terbaring Di Atas Jalan Raya, Tertera Di Phone ” Isteri Sayang” Call, Saksi Sebak

Semalam telah berlaku satu kecelakaan jalan raya pada jam 8.30 pagi yang telah melibatkan dua buah kereta dan dua buah motosikal.

Kejadian itu telah berlaku di hadapan IOI Puchong. Keterangan dari beberapa saksi di tempat kejadian kemalaangan itu telah mengorbankan seorang penunggang motosikal.

Manakala seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya lagi, kejadian berpunca daripada sebuah kereta yang memasuki simpang tanpa melihat ke arah belakang.

Selepas itu, mangsa mengelak kereta yang mahu masuk ke simpang itu secara tiba-tiba dan bergesel dengan seorang lagi penunggang motorsikal yang lain. Mangsa yang gagal mengawal kenderaanya itu kemudiannya terjatuh ke seberang jalan.

Kemudian, mangsa jatuh dan kereta yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah melanggarnya secara tidak sengaja.

Sementara itu, satu perkongsian dari seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Ajak Muezza telah berkongsi mengenai kejadian yang berlaku.

Alfatihah.

“Eksiden pagi tadi kereta masuk simpang tak tengok belakang, datang moto dari tepi bergesel jatuh ke seberang jalan. Da jatuh dan datang pula kereta arah depan gilis arwah, ngeri”.

“Orang lain punya silap, orang lain jadi mangsa. Allahu, kebetulan situ ade jiran setempat mengenali arwah terus bagitau family beliau”.

“Aku pun lepak dengan mat despatch lain, dengan polis, dok dok borak. Phone arwah berdering, tertera “my sayang” call. Semua terkedu nak jawab.

“Sebab tak tahu nak cakap apa pada isteri, semua blur. Kau jawab la, kau jawab la dan sudahnya panggilan itu off dan 15 minit terus keluarga si arwah sampai”.

“Tengok situasi situ dah mula buat semua sedih dan aku pun cabut, benda emosi gini takley buat main woo”.

“Semoga di pagi jumaat ini arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman,” Amin.

Buat semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah dijalan raya dan tolonglah patuhi peraturan jalan raya. Semoga keluarga Arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian getir ini.