Hero Tak Didendang, Keterangan Cik Meera Nurse IJN Turut Berjaya Bantu Keputusan Inkues Adib

Satu keputusan yang menggembirakan apabila semalam negara diberikan satu khabar mengenai keputusan Inkues yang membuktikan Muhammad Adib.

Selain salah seorang saksi yang tampil iaitu Narresh yang dicaci kerana didakwa memberikan kenyataan yang ‘bias’, seorang lagi saksi yang turut terkena tempias adalah seorang jururawat IJN

Satu demi satu saksi yang terlibat berjaya membantu kes ini dan membongkar kebenaran bagi membantu kes Muhammad Adib ini.

Siti Syafika Amira Mohd Rasani atau dikenali sebagai Cik Meera yang merupakan seorang jururawat di bilik pembedahan Institut Jantung Negara (IJN) yang telah diarahkan membuat permohonan maaf kerana memberi kenyataan berdasarkan emosi.

Cik Meera telah membuat satu hantaran di laman sosial Facebook yang mana telah menyangkal kenyataan keputusan forensik Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

Kemudiannya, Cik Meera telah diarahkan untuk memohon maaf atas hantaran di Facebooknya, kerana dia didakwa membuat kenyataan berdasarkan emosi tanpa fakta yang tepat.

Ketika kejadiaan berlaku Cik Meera telah diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib.

Ekoran dari keterangan yang diberikan, beliau menerima pelbagai tekanan dan desakan sehingga beliau terpaksa akur membuat permohonan maaf kepada doktor tersebut.

Menerusi satu artikel BH Online yang bertarikh 27 March yang menceritakan secara terperinti apa yang berlaku diantara Cik Meera dan Dr Ahmad Hafizam Hasmi.

Saya mintak maaf kepada doktor (Dr Ahmad Hafizam Hasmi) kerana bertindak atas emosi tanpa memikirkan fakta sebenar kejadian. Semasa memuat naik paparan itu, saya percaya Adib dipukul tetapi tidak tahu kejadian sebenar”.

“Selepas melihat bukti dan fakta sebenar, saya yakin doktor beri keterangan berdasarkan kepakarannya,” katanya ketika menjadi saksi ke-25 prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini”.

Dalam prosiding sama, Siti Syafika Amira mengaku di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bahawa hantaran kritikan itu dibuat kerana mengikut emosi.

Katanya, dia berasa sedih dengan laporan berita berkenaan keterangan Dr Ahmad Hafizam itu kerana melihat kesedihan yang ditanggung keluarga serta tunang Muhammad Adib sepanjang anggota bomba itu dirawat di IJN.

“Sepanjang Adib di sana, saya lihat keluarganya, tunangnya dalam keadaan menangis.

“Saya lihat anggota bomba tidur di kerusi menunggu setiap hari. Saya dapat rasakan hubungan kekeluargaan yang kuat,” katanya.

“Memetik artikel pada 27 March lalu, Dr Ahmad Hafizam dalam keterangannya di mahkamah, berkata status dalam akaun Facebook yang dikenali sebagai Cik Miera itu menyebabkan beliau berdepan dengan cacian”.

“Beliau dianggap berbohong sewaktu memberi keterangan berkenaan pandangannya bahawa corak kecederaan yang dialami anggota bomba itu tidak padan dengan kecederaan dipukul”.

Terdahulu, Siti Syafika Amira, yang sudah enam tahun bertugas sebagai jururawat, turut memberitahu beliau diarahkan untuk membantu doktor bagi memasang alat bantuan pernafasan (ECMO) di tubuh Muhammad Adib pada 28 November tahun lalu.

Namun keputusan semalam telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Cik Miera bukanlah sekadar kenyataan bredasarkan emosi.

Pada mulanya, Cik Miera dikatakan tidak layak untuk menjadi saksi, namun akhirnya kenyataan yang diberikan olehnya  turut berjaya membantu membawa kes Muhammad Adib ke muka pengadilan.