Ryzal ‘Duriankimchi’ Gelar Pakaian Iban Kain Buruk, Faye Kusairi, Sharnaaz Ahmad & Nana Sheme Luah Rasa Kesal

Ramai diantara rakan artis yang meluahkan pendapat masing-masing berhubung isu mengenai seorang personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berhubung isu pakaian tradisional yang tular di media sosial ketika ini.

Antaranya adalah pelakon Faye Kusairi, Nana Sheme dan Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang meluahkan kekesalan terhadap video biadab yang dimuatnaik oleh personaliti media sosial, yang popular dengan saluran Duriankimchi.

Tindakan Ryzal guris hati saya sebagai anak Sarawak

Menurut Faye, sebagai anak Sarawak tindakan Ryzal menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya.

“I am a proud Sarawakian and of course, saya terguris juga.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

Kain buruk yang awak cakap itu adalah originally handmade

“Tau tak “kain buruk” yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.”

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.”

Begitu majistik kain buruk yang awak cakap tu

“Begitu majistik “kain buruk” yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain, belum lagi lain-lain,” kata Faye.

Ujar Faye lagi, kaum Dayak di Sarawak antara kaum yang menghormati masyarakat setempat dan tidak menghina budaya orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@fayekusairi)

Mereka yang dikatakan kuno lagi pandai hormat orang 

“Jarang sekali saya dengar kaum Dayak Sarawak mempermainkan atau mempersenda apatah lagi menghina adat dan budaya kaum lain.”

“Mereka yang dikatakan “kuno” ni lagi pandai hormat orang lain yang jauh lagi “urban” dari mereka.”

“Hati-hati bila bergurau dan jadilah lebih berhati hati bila dah popular,” nasihatnya.

Hentikan pemikiran low class 

Sementara itu, antara selebriti lain yang turut menyatakan kekesalan bintang Big Stage 2020, Nana Sheme.

“Berhenti buat lawak terhadap budaya orang lain. Hentikan pemikiran low class ini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANA SHEME (@nanaasheme)

Sila hadam dan belajar dari kesilapan

“Ya, kamu boleh memohon maaf tapi harus faham, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.”

“Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih,” pesannya

Hapuskan yang acah-acah artis

Selain itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut memberikan pendapat beliau berhubung isu yang dibuat oleh Ryzal telah mencalarkan nama penggiat seni kreatif tempatan.

“Hapuskan acah-acah artis taukua rendang yang membasikan nama baik penggiat seni tanah air yang berjuang demi karya dan periuk nasi.”

Bakat bukan atas berapa ramai followers

“Ya betul sesetengah tu memang patut dibaling dumbell, tenga belakang. Tapi musibat seperti ini (Ryzal) dan semalam (Iman Troye) yang kunyitkan nama baik anak seni.”

“Bakat bukan atas berapa ramai followers lu, tapi apa sumbangan lu pada dunia seni.”

Hormat, itu budaya orang

“Ryzal dan bini Korea hang, hormat itu budaya orang. Hang tahu budaya apa tak ni?” tulis Sharnaaz.”

Terdahulu Ryzal pada Rabu lalu telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Busana tradisional seperti kain meja

Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Walaubagaimanapun, Ryzal tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya dan menutup ruangan komen.

Sebelum ini, Ryzal turut pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat mereka dan berpesan agar sentiasa menghormati adat dan budaya kaum lain.