“Eina Azman & suami golongan berisiko..” Isu Dakwaan Potong Q, Pengarah Hospital Beri Penjelasan

Sejak semalam, kecoh apabila selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah didakwa menerima suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak.

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, di media sosial itu mengundang kecaman apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Malah, ramai yang meminta Eina untuk berkongsi rahsia bagaimana permohonan itu dibuat.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan mengenai situasi berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan KKM, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

“Maklum balas berkenaan dakwaan potong barisan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh oleh seorang artis tempatan dan pasangan.

“Berdasarkan semakan, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

“Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

“Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021.

“Kenyataan penuh Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman.”

Menurut Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman, tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

SIARAN MEDIA MAKLUM BALAS BERKENAAN DAKWAAN POTONG BARISAN AMBIL VAKSIN DI HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN, IPOH ADALAH TIDAK BENAR 26 MEI 2021

Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah mengarnbil maklum berkenaan isu tular beberapa laman media sosial berkaitan seorang artis wanita yang dikenali sebagai Eina Azman bersarna pasangannya didakwa telah rnemotong barisan dan mengambil Vaksin Covid-19 di Ipoh. Perak.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Hospital Raja Permaisuri Bainun menerirna rujukan pesakit atau pelanggan daripada berbagai fasiliti kesihatan dari dalam dan luar Negen Perak.

Semua pesakit atau pelanggan yang dirujuk kepada Pusat Pemberian Vaksin ini telah rnenjalani pemeriksaan awal iaitu “Pre Vaccination Assesmenr (PVA) yang hanya boleh didapati di Klinik-Klinik Pakar Perubatan Hospital.

Pusat Pemberian Vaksin, HRPB hanya mernberi suntikan vaksin kepada pesakit atau pelanggan yang telah dirujuk dan tidak rnelakukan PVA tersebut di fasiliti PPV hospital ini.

Pemberian suntikan vaksin bagi fasa kedua telah diberikan keutamaan kepada golongan berurnur 60 tahun ke alas dan individu mempunyai kornorbiditi seda golongan yang berisiko tinggi.

Berdasarkan semakan. kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini alas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Tiada isu “potong barisan” dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam penerirna vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

Pasangan ini telah menerirna suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Perrnaisun Bainun pada 25 Mei 2021.

Selari dengan hasrat kerajaan untuk memberikan perlindungan kepada rakyat ketika negara berdepan dengan penularan wabak Covid-19.

Orang rarnai terutama kepada golongan yang berisiko tinggi digalakkan untuk membuat pendaftaran penerimaan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera atau melayan laman web https://www.vaksincovid.gov.rny.

Sekian, terima kasih.
DR. ABDUL MALEK BIN OSMAN. Pengarah Hospital, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.
26 Mei 2021