Rumah Tiada Apa-Apa, Bapa Muda Sanggup Kayuh Basikal Dari Jauh Rayu Sumbangan

Rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini. Pasti ramai yang terjejas ekoran PKP ketika ini.

Namun, ramai yang datang untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama mereka yang bekerja sendiri dan mempunyai banyak tanggungan.

Ada yang sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli kelaurga dirumah kerana tiada bekalan makanan dan juga wang untuk dibelanjakan.

Kayuh basikal untuk kejar van bantuan

Menerusi satu perkongsian menyentuh hati daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abam Botak.

Abam Botak telah memuat naik kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuannya untuk memohon sumbangan.

“Semasa hari pertama kami mengedarkan bantuan makanan, bapa muda ini datang kepada kami berbasikal dalam keadaan termengah-mengah”.

Pemuda itu sanggup mengejar van bantuan mereka untuk datang memohon sedikit bantuan untuk keluarganya.

Kayuh basikal dari jauh untuk memohon sumbangan

Kisah ini telah menyentuh hati orang ramai apabila dia datang mengayuh basikal dari jauh menahan malu semata-mata untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumah.

“Aku mahu minta bantuan ba tuan. Aku dengar kamu ada bagi bantuan bolehkah bagi aku sedikit untuk anak biniku dirumah”. 

“Tiada apa-apa sudah dirumah kami ni. Tolonglah tuan saya merayu”.

Rauk wajahnya jelas mengharapkan ada sesuatu untuk dibawa pulang

Dari raut wajahnya, jelas kelihatan dia berharap kami dapat memberikan sedikit sumbangan untuk dibawa pulang buat anak dan isteri.

“Mukanya sangat-sangat memerlukan ketika itu. Dari air mukanya dan bola matanya saya tengok seribu pengharapan diberikan kepada kami”.

Namun begitu, pada ketika itu Abam Botak hanya membawa barangan yang ingin diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

“Jika kami berikan padanya hari itu. Bagaimana pula dengan yang awalnya berhak memiliki barangan itu”. 

Nak salam cium tangan kerana terharu

Pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan kepada pemuda itu setelah mereka bertukar nombor telefon.

“Alhamdulillah syukur kita semua dapat memberikannya bantuan. Wajahnya tersenyum lebar menerima bantuan dari kita semua tuan-tuan dan puan-puan”. 

Bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberkan sehingga mahu mencium tangannya.

“Masa dia salam saya, dia cuba untuk mencium tangan. Saya tarik cepat-cepat. Saya cakap denganya jangan kau begitu ba. Sama saja kita ni”.

Terima kasih kepada penyumbang dana

Sementara itu, Abam Botak juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menyumbangkan bantuan kewangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan

“Akhirnya, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat semua para penyumbang yang sudi memberikan bantuan kewangan dan barangan kepada kami”.

“Tanpa kamu siapalah kami. Tanpa kamu tidak berasaplah dapur para penerima sumbangan dan orang ramai pada ketika ini”.

Sementara itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.