Rumah Terbakar, 4 Anak-beranak Ditemui Berpelukan Dalam Bilik Air

Malang tidak berbau, begitulah nasib yang menimpa sebuah keluarga apabila rumah mereka terbakar di Jalan Setia Perdana, Bandar Setia Alam, pagi tadi.

Empat sekeluarga ditemui berpelukan 

Difahamkan, empat sekeluarga ditemui berpelukan dan hampir sesak nafas dalam bilik air di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata empat sekeluarga itu, iaitu pasangan suami isteri dan dua anak mereka.

Sekeluarga bersembunyi dalam bilik air dan dalam keadaan basah

Mereka sekeluarga bersembunyi dalam bilik air di bilik tidur utama rumah berkenaan ditemui dalam keadaan basah kerana berpeluh, tetapi berjaya diselamatkan.

Ujar beliau lagi, bomba menerima panggilan pada jam 2.18 pagi dan tiba di lokasi sejauh 18 kilometer itu pada jam 2.37 pagi.

Pasukan penyelamat memasuki rumah atas untuk mencari mangsa 

“Sewaktu bomba sampai, kita dapati kebakaran di tingkat bawah rumah teres dua tingkat dan bomba dimaklumkan ada mangsa namun tidak tahu jumlahnya”.

“Jadi, pasukan dibahagi kepada dua, satu penyelamatan, satu lagi pemadaman. Pasukan penyelamatan buat pemadaman untuk memasuki ke rumah atas dan mencari mangsa”.

Mangsa hanya diam sahaja ketika ditemui

“Ketika ditemui mangsa hanya diam saja, kami bertawakal dan berserah pada Tuhan agar dapat temui mereka dalam keadaan selamat”.

“Mereka sekeluarga diberitahu kini dirawat di sebuah hospital swasta berhampiran,” lapor Berita Harian.

Operasi membabitkan 25 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan bantuan BBP Kapar dan BBP Sungai Pinang.

Semoga semua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius