[VIDEO] Ronaldo Tolak Botol, Saham Coca Cola Rugi RM16.4 Bilion

Hanya kerana satu tindakan Cristiano Ronaldo pada satu sidang media semalam, nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Ketita sidang media selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary, Ronaldo menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan dengan media semalam.

Penjaring dua gol dalam perlawanan semalam itu dilihat mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya pada sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary.

Harga saham Coca-Cola dilaporkan jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Dalam satu respon terhadap tindakan Ronaldo itu, Coke menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Menerusi jurucakap minuman itu berkata: “Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”

Kini berusia 36 tahun, Cristiano Ronaldo sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Malah, semasa bermain di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.