Pemilik kedai makan bakal menikmati dua pengecualian Cukai SST yang akan berkuatkuasa 13 September ini.

Menteri Kewangan berkata ia akan membabitkan penjualan rokok di kedai berkenaan yang tidak mencapai nilai ambang sebanyak RM500,000 setahun.

Foto: Berita Harian

Katanya, pengecualian itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas peniaga yang mahu nilai ambangan kedua-dua barangan berkenaan diasingkan.

Nilai ambang RM1.5 juta setahun bagi makanan dan minuman, manakala untuk nilai ambang untuk penjualan rokok adalah RM500,000.

“Pengecualian SST ke atas penjualan rokok di kedai makanan dan minuman yang nilai ambangannya kurang daripada RM500,000 ini akan membantu peniaga mengurangkan bebanan mereka dengan barangan itu akan dijual pada harga sama di kedai lain.

 

“Kerajaan juga akan memberi pengecualian cukai kepada kadar sewaan gerai yang diusahakan dalam perkarangan kedai makanan dan minuman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaan SST bersama Menteri Kewangan di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan juga akan mempertimbang untuk memberi pengecualian cukai kepada pengendali sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan berpangkalan di luar kawasan Zon Industri Bebas (FIZ) yang memberi perkhidmatan kepada syarikat di kawasan berkenaan.

Sumber Rujukan: Berita Harian

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.