“Rindu tiada ubat” Seminggu Sebelum Kemalangan, Terkenang Arwah Abah di Makkah

Perginya diratapi bukan saja kaum keluarga terdekat, malah turut dirasai oleh sekalian para peminat dan pelanggan produknya.

Menerusi satu posting di Instagram miliknya, Allahyarhamah pada minggu lepas telah memuat naik sekeping gambar dengan kata-kata kerinduan terhadap arwah ayah.

Gambar tersebut dimuat naik semasa beliau berada di tanah suci Makkah sebelum pulang ke tanah air dan pergi ke Thailand.

Melalui kapsyen tersebut, jelas kerinduan yang tak terungkap dinyatakan beliau, hanya alfatihah menjadi pengubat.

Baca: Pemergiannya Dalam Perjalanan Sumbangan Zakat Buat Tahfiz, Ini Penjelasan Anaknya

Malah, Allahyarhamah sempat berpesan supaya sentiasa luangkan masa dengan ibu bapa ketika mereka masih ada.

Rindu Arwah Abah… kerinduan yg sgt sakit … setiap kali puasa terbayang Arwah Abah dpn mata… sakitnya hanya Allah yg tahu…

rindu tiada ubat hanya Al-Fatihah pengubat kerinduan ini.

Hargai, sayangi dan luangkan masa dgn ibubapa ketika dia masih ada…Salam Asar.

Bapa kepada Allayarhamah telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2010 disebabkan beberapa komplikasi penyakit.

Namun, Puan Faziani sempat memberikan sedikit pesanan kepada para pembaca supaya menghargai dan menyayangi kedua orang tua.

“Hargai, sayangi dan luangkan masa dgn ibu bapa ketika dia masih ada.”

Rata-rata netizen sangat terharu dengan posting tersebut dan mendoakan Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman.