Rider Hati Kering Tak Pakai Helmet, Menggelupur Selepas ‘Disapa’ Abang Polis

Kita semua mesti pernah jumpa penunggang motosikal yang degil tidak mahu mengikut peraturan jalan raya. Bukan itu sahaja, kita sebagai pengguna jalan raya turut sakit hati melihat kecuaian mereka sendiri yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Walaupun golongan ini sudah diberi amaran oleh pihak polis, masih sahaja melakukan kesalahan yang sama. Bak kata peribahasa Melayu, itik dimandikan takkan basah.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang penunggang motor dilihat tidak memakai topi keledar di sebuah persimpangan lampu isyarat berdekatan Taman Ekoflora, Johor Bahru.

Situasi tersebut sempat dirakam oleh dash cam seorang pemandu kereta di situ dan dimuat naik semula oleh Facebook Sukan Star TV. Video memaparkan rider berjiwa kental itu sedang menunggu lampu hijau.

Tak diduga-duga, muncul sebuah trak lori yang dipandu oleh anggota polis di hadapan rider tersebut. Dianya lalu ditegur atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Cuak dengan anggota polis itu, dia yang turut dilihat mengenakan kasut berjenis wedges cepat-cepat menyarungkan topi keledar, secara tidak langsung mencuri perhatian pengguna jalan raya yang lain di situ.

Tidak cukup dengan itu, dia malah menjelirkan lidah kepada pihak polis sebaik sahaja trak itu beredar pergi seolah-olah tanda protes sambil menghidupkan semula enjin motosikalnya yang tiba-tiba mati.

Sehingga kini, video berdurasi 31 saat yang dikongsikan semalam berjaya mendapat 149 ribu tontonan dan 7.4 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat rider itu sehingga sempat berseloroh! Dalam pada itu, netizen berpendapat mujur dia tidak dihulur ‘surat cinta’ oleh pihak polis dan cuma ditegur.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook

“Moto pun mati terkejut nampak polis 🤣

“Patut kena saman tu..nasib baik polis tu tegur je😅


“Terkejut sampai mati moto 😆

Video yang tular di laman Facebook