Riang Tadah Percikan Air, Aksi Riang Rider Dalam Hujan Lebat Buat Netizen Tersenyum

Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja berdepan risiko tinggi terlibat dalam kemalangan namun perlu berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
Iospital phone repair gombak
Itu belum lagi cerita tentang vendor ‘sidai’, kena maki dengan customer, order cancel, prank order dan sebagainya. Tentunya ia akan melemahkan semangat para rider untuk terus berjuang mencari rezeki.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat seorang rider Foodpanda ketika hujan lebat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @utusanofficial, dapat kita lihat abang rider ini sedang menunggu lampu isyarat merah ketika hujan lebat.


Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila penghantar makanan ini tetap tenang malah siap berjoget ketika terkena percikan air daripada beberapa kenderaan besar yang lalu dihadapannya seakan tiada apa yang berlaku.

Video tersebut bagaimanapun tular di laman Twitter apabila seorang pengguna @jilmisai memuat naik semula video tersebut malah meraih pelbagai reaksi netizen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui tidak sampai hati untuk order makanan ketika hujan kerana kasihan melihat penghantar makanan yang meredah hujan demi menyelesaikan tugasan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: