“Nak panggil daddy” Lagu Nyanyian Anak Viral Di TikTok, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Menantu Harry Khalifah

Siapa tidak kenal dengan seorang penyanyi dan komposer iaitu Harry Khalifah atau nama sebenarnya Ahmad Sairi Haslan bin Muhammad Redzwan,41, ini bukan? Bak kata orang, nyanyi lah lagu apa sekalipun, pasti dapat dibawa dengan baik.

Iospital phone repair gombak

Mesra disapa Apak, lagu ciptaannya seperti ‘Hang Pi Mana’, ‘Cikgu Ayu’ dan ‘Assalamualaikum Ustazah’ turut menjadi kegilaan satu ketika dulu malah dia juga menaikkan artis baharu dengan lagu ciptaannya sendiri seperti ‘Bayang’ nyanyian Khai Bahar.

Seperti yang kita tahu kini tular di media sosial dimana ramai yang membuat content video menggunakan lagu ‘Sayunk I Love’ nyanyian anak perempuan Apak iaitu Chombi atau nama sebenarnya Siti Mariam.

Disebabkan lagu tersebut mula viral, Chombi menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi peminat lelaki yang terpesona dengan kecantikannya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Apak, dia merakamkan gelagat Chombi membancuh susu untuk adiknya di dapur sambil bergurau dengan ayahnya.


Apak sempat memuji anak perempuannya itu dengan mengatakan dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai kakak walaupun sibuk dengan kerjaya baru.

Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya…” tulisnya.

Namun apa yang menghiburkan adalah, ramai netizen di ruangan komen menawarkan diri pada Apak untuk dijadikan menantu malah ada juga yang sempat ‘menjual’ kemahiran diri demi mencuba nasib mendapatkan Chombi sebagai teman istimewa.

Antara komen warga maya:

“Ayah saya pandai mop laut”

“Assalamualaikum abah”


“Apak cuma nak tanye je.. nanti nak panggil daddy ke papa”

“Saya pandai hantar order customer dengan pantas.. kalau Chombi lapar, dengan segera saya hantarkan”

“Abah, rokok dunhill ada stock lagi tak tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@harry_khalifah Walaupun sibuk Namun dia tak pernah Lupa Tanggung jawab Sebagai seorang KAKAK pada Adik2 nya.. #chombi #sayunkiloveu #fyp ♬ bunyi asal – Apak 🇲🇾

@fiqznakfyp Sayunk I Love You • Chombi #fiqznakfyp #fyp #liriklagu #laguviral #fypmalaysia #fypindonesia #lagujiwang #viral #fypage ♬ Sayunk I Love You – Chombi