“Rezeki Anak” 14 Tahun Berkhidmat Sebagai Postman, Lelaki Ini Akhirnya Bekerja Di Sektor Awam Ketika Isteri Hamil 4 Bulan

Anak merupakan anugerah dan pinjaman paling indah dalam kehidupan insan yang bergelar ibu bapa bahkan anak juga pembawa rezeki dalam keluarga.

Dalam kita tidak sedar, banyak rupanya kita menumpang rezeki dia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pasangan suami isteri ini mendapat ‘rezeki’ yang tidak disangka-sangka sewaktu zuriat mereka menghuni rahim sang isteri.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fizaa.aaaa, Suaminya merupakan seorang postman yang berkhidmat selama 14 tahun dan berhasrat untuk bekerja dalam sektor kerajaan kerana ianya lebih menjamin masa depan keluarga.

Namun, suaminya telah gagal bermacam ujian dan temu duga sejak mengisi borang SPA pada usia 20-an.

Bagaimana pun, keajaiban muncul apabila suami berjaya bekerja dalam sektor kerajaan ketika sang isteri sedang hamil anak pertama mereka.


Siapa sangka, setelah hampir 14 tahun kegagalan, lelaki tersebut akhirnya dapat mencapai cita-citanya pada usia 37 tahun dan mereka juga yakin bahawa mereka sedang menumpang ‘rezeki anak’ tercinta.


Video yang tular di laman TikTok:

@fizaa.aaaa My little story about “rezeki anak” ❤️ #fyp #fypシ #foryoupage ♬ Enchanted Taylor Swift – Kaylen

@fizaa.aaaa We had a baby in the year 2020. My husband always said that this is our son “rezeki” ❤️ #fyp #fypシ #foryoupage ♬ see you later (ten years) – Jenna Raine

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 598.9K tontonan, 84.6K tanda suka, 1695 komen dan 1K perkongsian di applikasi TikTok

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira atas rezeki yang dikurniakan buat pasangan suami isteri ini.

Malah dalam masa yang sama para netizen juga bangga dengan usaha konsisten yang ditunjukkan oleh suaminya seolah-olah tidak pernah mengenal erti putus asa.

Berikut merupakan komen warga maya:

“anak mmg pembawa rezeki tapi ur husband punya usaha consistent tu sama penting”

“a guy who never give up & work hard for their love..”

” i love how hardworking he is..”

“so happy for u guys..”