Resepi Sambal Nasi Lemak Paling Sedap

Nasi lemak adalah makanan tradisi bagi orang Melayu dan menjadi kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya buat sarapan pagi.

Nasi lemak juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Di Indonesia, nasi lemak disebut juga sebagai nasi uduk, nasi gurih dan juga nasi liwet.

Walau apa pun namanya, nasi lemak merujuk kepada resepi nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.

Resepi Sambal Nasi Lemak Yang Sedap

Resepi untuk membuat nasi lemak biasanya sama sahaja. Cuma kesedapan pada sambal nasi lemak yang membangkitkan aroma memerlukan bahan-bahan dan car membuat yang betul.

Berikut adalah resepi nasi lemak yang anda boleh ikuti:

Bahan-bahan membuat nasi lemak:

  • Beras 3 cawan
  • Santan 1 cawan
  • Garam
  • Halia 2 keping hirisan
  • Daun Pandan 2 helai

Cara-cara membuat nasi lemak:

  1. Mula-mula sekali, pastikan anda membasuh beras terlebih dahulu sebelum memasukkan beras ke dalam periuk berserta santan.
  2. Partikan nisbah beras adalah 3/4 manakala santan pula 1/4.
  3. Kemudian masukkan air sehingga dua kali ganda ketinggian beras. Gaulkan semua campuran tadi.
  4. Masukkan daun pandan dan halia beserta secubit dua garam . (Garam berfungsi sebagai penambah rasa dan penaik bau)
  5. Akhir sekali, gaulkan bahan-bahan semua dan kemudian tanak beras sehingga masak sepenuhnya.

Bahan-bahan membuat sambal nasi lemak

  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 4 biji
  • Ikan bilis segenggam (dikisar)
  • Ikan bilis 300g (digoreng)
  • Cili kering 15 tangkai
  • Gula melaka
  • Gula
  • Asam gelugur
  • Garam

Cara membuat sambal nasi lemak

1. Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis segenggam yang sudah dikisar.

2. Apabila dah betul-betul garing, masukkan cili kering kisar dan kacau sekali sekala je.

3. Kemudian, masukkan gula Melaka, gula dan asam gelugur. Apabila kuah dah nak kering, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.

4. Akhir sekali masukkan secubit garam dan perasa tambahan (jika mahu) dan SIAP!


Mudah kan? Rahsia sambal nasi lemak yang sedap sebenarnya terdapat pada ikan bilis. Kebanyakan penjual nasi lemak yang kedekut langsung tidak memasukkan ikan bilis yang dikisar di dalam ramuan sambal.

Sebab itu rasa sambal nasi lemak yang dibuat sangat ‘pale’ dan tidak sedap. Oleh itu, kita nak memasak dan nak beri orang makan haruslah ikhlas dan jangan kedekut!

Selamat mencuba!