Rolled Oat Lagi Kenyang Dari Nasi Dan Boleh Turunkan Berat Badan, Ini Resepinya Yang Mudah

Apabila menjelang Ramadhan ramai diantara kita tidak dapat mengawal pemakanan malah ramai diantara kita berpuasa tetapi masih tidak menurunkan berat badan malah berat naik pula dan Syawal bakal menjelang setelah berakhirnya Ramadhan.

Ramai diantara kita berpendapat apabila kita berpuasa berat badan akan menurun dan tidak perlu mengawal kadar kalori makanan yang diambil. Ternyata ia tanggapan yang salah. Kita masih perlu mengambil makanan yang seimbang dan mampu mengawal pengambilan gula dan garam.

Bukan anda tidak boleh mengambil makanan berkalori dan bergula tetapi anda perlu memantau tahap gula dalam makanan yang diambil. Air suam juga amat perlu walaupun kita berpuasa. Anda perlu pastikan anda mengambil jumlah air masak yang cukup untuk badan walaupun anda berpuasa.

Pelbagai tip dan menu sahur yang dikongsi di laman sosial antaranya susu kurma dan oat jar. Oat jar sesuai dijadikan makanan untuk anda bersahur. Oat jar diambil bersama susu dan buah buahan menjadikan sajian ini menarik dan baik untuk kesihatan.

Oat dikatakan sesuai diambil ketika sarapan pagi kerana oat mengenyangkan untuk jangka masa yang panjang. Selain itu oat juga mempunyai serat yang baik untuk menguruskan badan selain mengandungi pelbagai khasiat.

Selain itu, seperti yang diketahui ramai oat amat bagus untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam badan dan dan tekanan darah tinggi serta membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Baru-baru ini tular di laman sosial Facebook Fadhila Nuur berkongsi resepi oat jar yang sesuai diambil ketika sahur. Pelbagai jenis resepi dikongsi untuk cadangan menu sahur anda. Mari kita lihat resepi yang mendapat ribuan share ini.

Resepi Menu Sahur Dengan Oat

Salam. Sempena puasa esok, nak kongsi beberapa cadangan resepi untuk menu sahur.

Bahan utama: OAT (Rolled Oat)

Mengapa anda memilih oat? Oat lebih kenyang berbanding nasi dan boleh tahan dalam jangka masa yang lama. Ia juga turut sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur.

Selain itu, penyediaan oat lebih mudah dan cepat serta sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang.

Saya memilih rolled oat kerana ia mempunyai tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa.

Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan.

Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan rolled oat antaranya ia boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.

Bahan-bahan utama:

  • 4-5 sudu rolled oat
  • Susu low fat/ full cream/ berperisa
  • Buah-buahan
    * Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.
    * Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.

Bahan tambahan (optional):

  • yogurt
  • madu
  • chia seed/ flaxseed
  • kekacang
  • peanut butter
  • serbuk kayu manis
  • serbuk koko

Saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya.

Tak boleh telan oat? Kembang tekak?

Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.

Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa!

Selain penyediaan oat yang mudah dan senang, menu sahur ini sesuai untuk mereka yang sedang diet atau menjaga pemakanan.

Jangan risau kerana oat mampu membuatkan anda lebih kenyang. Anda masih boleh mengambil nasi dan gula tetapi dengan kawalan.

Semoga menu sahur ini memberi inspirasi untuk anda menyediakan juadah sahur yang sihat dan berkualiti.

Anda juga boleh menambah pelbagai jenis buah buahan kedalam oat untuk rasa yang lebih menyelerakan.