Ini Resepi Brownies Cookies Yang Cair Dimulut , Mudah Dan Confirm Jadi

Pelbagai resepi kini dikongsi apabila Syawal bakal menjelang tidak sampai sebulan lagi. Bagi yang gemar mebuat sendiri kuih raya pastinya pelbagai resepi telah dikongsi dan disimpan untuk kegunaan kemudian hari.

Terbayang kuih tat, almond london, semperit tidak kurang juga dengan pelbagai jenis kuih moden yang semakin banyak dikongsi dilaman sosial. Hampir semua kelihatan begitu menyelerakan dan sesuai untuk dibuat sempena menyambut Syawal tiba.

Resepi kali ini adalah Brownies Cookies yang gerenti sedap dan laris ketika Hari Raya. Resepi yang mendapat ribuan perkongsian dikongsi oleh Noran Nordin di group memasak Masak Apa Hari Ni(MAHN)

Resepi Brownies Cookies

Tu dia,berkedut seribu!!. Sementara tunggu anak balik dari kelas tuisen,saya siapkan dulu mengukis, kembang semangkuk jadi nya. Pakai loyang sekut lidah kucing jer.
Ni resepi Brownies dari group ni jugak.

Bahan-bahan adalah:

  • 350 gm dark chocolate
  • 100 gm butter
  • 3 biji telur
  • 100 gm icing (boleh kurangkan sikit)
  • Esen vanilla
  • 100 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara membuat Brownies Cookies adalah:

  1. Cairkan coklat & butter.
  2. Kemudian boleh gaulkan gula & telur guna wisk sahaja. Selepas itu masukkan esen vanila & gaul adunan sehingga sebati hingga gula hancur.
  3. Ayakkan tepung & serbuk koko. Masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi dan gaul sebati.
  4. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur & coklat.
  5. Sementara itu, anda bolehlah panas kan oven pada suhu 150 C.
  6. Paipkan adunan pada makaron mat,letak kacang almond atau apa-apa yang di sukai mengikut citarasa masing-masing diatasnya.

8. Kemudian bolehlah mula membakar pada suhu 140/150. Bakar adunan tadi selama 20-30 minit dan brownies cookies sedia untuk dimakan. Untuk suhu anda boleh ikut jenis oven masing-masing. Ini suhu untuk oven saya.( Ikut oven masing2 ye)

Semoga perkongsian resepi ini dapat membantu anda menambah koleksi kuih raya anda nanti. Tengok gambar macam sedap brownies cookies ini dan resepi nampak mudah dan ringkas. Rugi jika anda tidak cuba membuatnya dan pasti anda akan menyukainya. Selamat mencuba!