Viral
Request Pelamin Putih Sekali Dapat ‘Forum Perdana’, Wanita Ini Dedah Pengalaman Pahit Bersanding

Hari perkahwinan merupakan hari yang sangat bermakna dimana dua hati bersatu untuk diijab kabulkan.
Sudah tentu sebagai bakal pengantin, kita akan melakukan pelbagai persiapan dari segi pakaian, mas kahwin dan juga pelamin.
Bagaimana pun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana wanita ini berkongsi pengalaman sedihnya apabila pelamin yang diidamkan hanya indah khabar dari rupa mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aurorafoods.ceo, difahamkan dia mengimpikan satu majlis bersanding bertemakan ‘English Garden’ dimana rata-rata bunga ataupun hiasan berwarna putih namun apa yang membuatkannya terkejut adalah hasilnya seperti tema ‘Colour Blocking’.
Berkongsi lanjut, wanita ini juga mengatakan dia tidak meletakkan sebarang bajet namun akui pelamin tersebut berharga bawah RM 10K. Dia juga memberikan sample gambar pelamin yang diinginkan.
Apabila ditegur tentang hasil kerja yang memang berbeza daripada contoh yang diberikan, wedding planner tersebut mengatakan dia melakukan sebegitu agar wanita tersebut tidak nampak ‘tenggelam’ jika semuanya berwarna putih.
Lebih menyakitkan hati adalah, wedding planner berkenaan sempat mengatakan dirinya lebih berpengalaman berbanding wanita itu.
Walaupun ianya sudah beberapa tahun berlalu, namun wanita ini akui tragedi hitam itu secara tidak langsung telah menggangu psikologinya dimana dia akan berasa sangat sedih melihat dekorasi pelamin yang cantik di majlis pengantin lain.
Kalau diimbas semula gambar tersebut, pelamin itu sememangnya tidak tumpah seperti pentas ‘Forum Perdana’ yang mana memiliki bunga dan latar belakang yang berwarna warni.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram dengan sikap segelintir wedding planner yang mengambil mudah tentang pelamin sedangkan ianya sekali seumur hidup buat pengantin.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki agar dapat bersanding buat kali kedua dan melakukan resepsi sekali lagi dalam majlis yang diidamkan.
Antara komen warga maya:
“Allahu dah macam stage forum perdana..”
“Pelamin cikgu nak bersara pun lagi lawa dari ni..”
“Macam design pentas majlis tarannum”
“Allah dengan kain backdrop colour biru nyaaaa wehh apaanii”
“Alasan dia taknak awal tenggelam tapiiiii terus tenggelam ya!”
Video yang tular di laman TikTok:
@aurorafoods.ceo Replying to @Bunda & Tuah Wedding planner buat hal Part 2. I nak semua dalam dewan punya decoration warna putih. Boleh la selit daun hijau atau red roses sikit2 sahaja. Sbb groom’s side warna hijau, bride’s side warna merah. Sekali dia bagi mcm kubur warna warni. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #pelaminburuk ♬ original sound – CEO of Aurora Foods
@aurorafoods.ceo Replying to @Tehhijau Cerita penuh nanti i buat LIVE 5 petang karang. ni conversation i dgn bff i yg jadi saksi masa i jumpa acik tu utk finalize design pelamin. Also saksi betapa lain nya benda yg diminta dgn yg diberi. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #bridal #weddingthings #mintalaindapatlain ♬ original sound – CEO of Aurora Foods
@aurorafoods.ceo Replying to @Tehhijau FAQ 1. Persoalan terjawab part 1. #pelaminangankumusnah #weddingplannerbuathal #weddingplanner #pelaminwarnawarni ♬ original sound – CEO of Aurora Foods
@aurorafoods.ceo Replying to @AuroraFoods.HQ FAQ 2. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #pelaminwarnawarni #pengantinviral #mintalaindapatlain ♬ original sound – CEO of Aurora Foods
@aurorafoods.ceo Replying to @CEO of Aurora Foods why after 2 years? #shouldbeme #weddingplanner #weddingplannerbuathal #weddingthings #mintalaindapatlain ♬ original sound – CEO of Aurora Foods
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

Makan Nasi Gulai Berlaukkan ‘Muffin’ Coklat, Rupa-Rupanya Ramai Ada Tabiat Gabung Hidangan Aneh!

Mat Salih Jatuh Cinta Dengan Burger Tepi Jalan, Selamba Duduk Makan Atas Simen Siap Bagi Rating 9/10!

Guna Tali Ambil Makanan Dari Abang Foodpanda Di Bawah, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian Netizen!

“Cantik pula kejadiannya” Netizen Kena Scam, Ingatkan Karpet Rumput, Rupanya Kiambang Sebab Banjir Termenung

“Kebarangkalian untuk mati pun naik mendadak kalau kemalangan” Kereta Diubah Suai Macam Rumah Tanpa Seatbelt, Netizen Sifatkan Pemandu Pentingkan Diri Sendiri
