“Ratah gitu je” Video Gadis Selamba Jadikan Beras Sebagai Kudapan, Rupanya Ramai Buat Perkara Sama!

Seringkali kita lihat di media sosial dimana ada segelintir manusia yang berperangai aneh dimana gemar untuk makan makanan pelik.
Iospital phone repair gombak
Sebelum ini, pernah tular di laman TikTok dimana seorang wanita santai makan fishball yang belum dimasak seperti makan keropok semasa sedang ‘lepak’ dengan ‘roommate’ nya.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang gadis kelihatan sedang seronok menjadikan beras sebagai kudapan telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @minnyyya, kelihatan seorang gadis lengkap berbaju kurung sedang duduk bersimpuh sambil disebelahnya terdapat sepeket beras.


Namun apa yang menarik perhatian adalah gadis seakan kusyuk makan sebutir demi sebutir beras seperti sedang ‘layan’ kudapan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan dengan cara gadis tersebut namun ada yang akui turut melakukan perkara yang sama.

Netizen juga menyamakan makan beras seperti makan kacang atau kuaci di depan televisyen. Memang layan!

“Weh, aku pun suka makan beras macam ni. Sedap gila” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen sempat berseloroh mengatakan tindakan berkenaan dapat menjimatkan bil elektrik kerana tak perlu masak nasi.

Antara komen warga maya:

“Sama, aku pun suka makan beras, ratah gitu je”

“Jimat sikit bil elektrik tak payah masak nasi”


“Kalau dia minum air panas nanti dalam perut beras jadi nasi kan”

“Macam makan kuaci ye kak”

“Senang tak yah masak nasi makan gitu je”

“Teknik diet tak makan nasi tapi makan beras”

“Sama, kadang lalu dapur je mesti singgah amik beras pastu makan HAHAHAHA”

“Saya sengenggam sekali 20 minit sampai kena marah dengan mak”

“Ini kalau bawak masuk wayang beras 10 kg habis dia kunyah”

“Kalau dibiarkan boleh habis satu beg tu..”


Video yang tular di laman TikTok:

@minnyyya melawan hukum beras #viral #kptm ♬ original sound – 🧾 – rizzjack