“Orang pandang hina gaji tak besar..” Kongsi Kisah Sedih Bekerja Sebagai Pengawal Keselamatan, Tapi Sebenarnya..

Seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup dikatakan semakin meningkat tahun demi tahun. Ekoran itu, ramai individu yang sanggup bekerja sebagai apa-apa sahaja pekerjaan, asalkan pekerjaan itu halal dan tidak melanggar sisi agama.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah seorang pengguna TikTok ini @hababi_tiktok_3k, dia telah berkongsikan cerita sedihnya apabila bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan.

Menerusi video yang telah dimuat naik itu, kelihatan Hababi menunjukkan sebungkus mi segera dan dompetnya yang hanya berisikan beberapa not RM 5 dan RM 1 sahaja.

Baginya, pekerjaannya itu membuatkan dirinya dihina oleh orang ramai di sekelilingnya.

“Sedih la cam ni kita kerja security je org pandang hina sbb gaji x besar bulan2 makan maggie.

“Dalam wallet ada 5 ringgit seeinggit2 je hmm,” tulisnya di dalam ruangan video yang tular tersebut.

Namun apa yang membuatkan orang ramai terkejut ialah sebenarnya dia turut mempunyai jumlah simpanan yang banyak walaupun bekerja pengawal keselamatan sahaja.

Sambil dia meluahkan rasa sedihnya itu dan bertindak mahu merebus mi segera tersebut, video itu sempat merakam sejumlah wang yang banyak tersusun di hujung katilnya itu.


Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis video yang tular itu telah berjaya meraih sebanyak 64.5K tontonan, 4191 tanda suka, dan 652 komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan ‘kisah sedihnya’ itu dan turut menyedari wang-wang yang dilonggokkan di katilnya itu walaupun hanya sepintas lalu.

Antara komen netizen:

“kita buat tak nmpk sbb tu imagine je 😂 😁”

“klu nk kemas tilam tu bgitau bang bia sy tolong buatkan xyah bayar pape 😂”

“hahahaha.. dlm wallet memang la 5 ringgit 😂 😂… tapi kt sbelah tu 😂 😂”

“awal awal aku kesian kt kau bang last last kau ptut kesiankn aku :v”

“xleh fokus kat Meggie nmpak bertimbun duit rm 50 tu transfer sekeping kat Nekma 🤭”

Video TikTok yang tular:

@hanabi_tiktok_3k hmm nasib la kita kerja security je…gaji sikit je#fyp #orangpandanghinakita ♬ suara asli – meydarahma