Rambut Makin Gugur, Elizabeth Tan Dedah Hidap Penyakit Alopecia

Siapa sahaja tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi jelita iaitu Elizabeth Tan ni kan? Bukan sahaja memiliki suara yang unik bahkan lakonan terbarunya dalam filem Abang Long Fadil 3 juga buat ramai kagum!

Namun, baru-baru ini tular di media sosial dimana dia membuat satu pendedahan yang membuatkan ramai terkejut.

Manakan tidak Elizabeth Tan akui menghidap penyakit Alopecia sejak 2018 lagi.

Difahamkan, Alopecia areata terjadi ketika tempat tumbuhnya rambut (folikel rambut) mengecil lalu berhenti memproduksi rambut dan akhirnya menyebabkan kebotakkan.

Menerusi satu laporan, dikatakan Elizabeth Tan mengalami masalah keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapinya sejak kecil.


Elizabeth Tan juga tidak kisah untuk menceritakan hal tersebut dan menurutnya, penyakit tersebut memerlukan suntikan steroid untuk elak tompokan botak menjadi lebih besar.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan beberapa cadangan buat pelakon ini bahkan ada juga yang akui turut mempunyai penyakit yang sama.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyamakan penyakit Elizabeth Tan dengan penyakit isteri kepada pelakon Hollywood Will Smith.

Antara komen warga maya:

“Saya dah alopecia sejak 9 tahun dah.. now im 29.. rambut saya tinggal sikit dah.. bulu badan dan kening dah tak ada..”

“Oh.. penyakit yang sama macam wife will smith.. hope everything goes well for you”


“Kita geng lizzy.. aku pernah kena 2 tahun lepas macm ni.. setompok botak.. ramai yang ada alopecia.. it’s okay lizzy you can do it”

“Saya pernah kena alopecia.. memang botak bahagian tepi rambut.. kening memang tak ada bulu langsung,, dah pernah ambil injection steroid…”

“Tengah melalui but tak lah seteruk tu tapi memang nampak sangatla perubahan rambut dari lebat jadi sikit la..”

Video yang tular di laman TikTok:

@melodiberapi Hidap penyakit alopecia Elizabeth Tan terus kuat.. 💪🏻💪🏻 #meloditv3 #fyp #elizabethtan #tv3 #fyp #fypシ #jdt #foryoupagee ♬ original sound – Melodi