Naim Daniel Kena ‘Cancel’ Teruk Dengan Kaum Pelangi Gara2 Tweet “Adam & Haikal”

Selain sudah ‘berkembang maju’ di luar negara, Malaysia turut tidak ketinggalan daripada dibanjiri oleh golongan LGBTQ. Dari segi agamanya memang haram. Pun begitu, masih ramai yang terjebak dengan percintaan sesama jantina.

Iospital phone repair gombak

Bagaimanapun, kata golongan ini, bukan permintaan mereka untuk dilahirkan sedemikian. Bahkan perasaan yang muncul sukar untuk ditolak. Tapi apa-apa pun, kita janganlah kecam mereka ya. Doakan yang baik-baik saja.

Dua hari lepas, nama juara AJL34, Naim Daniel hangat diperkatakan. Malah penyanyi muda itu turut dikecam sehingga kena ‘cancel‘!

Rupa-rupanya, Naim telah menyentuh isu LGBTQ dengan membalas satu video tentang seorang lelaki LGBTQ menyuarakan harapan dan impiannya agar golongan ini diterima oleh rakyat Malaysia.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal.” balas Naim kepada video tersebut di Twitter.

Melihat kepada replies ciapan Naim tersebut, golongan LGBTQ terutamanya ‘koyak’ dengan statement yang diberi Naim. Malah mereka tidak dapat menerima hakikat sambil menyuarakan pandangan masing-masing.

Sehinggakan, ada seorang pengguna Twitter menyelidik bahagian Likes Naim dan terjumpa satu ciapan yang disukai Naim memaparkan seorang lelaki Amerika dari golongan pelangi itu sedang membina badan.

Namun, tak kurang juga bilangan netizen yang menyokong Naim tentang isu ini. Malah menurut penentang golongan ini, Naim berjaya membuat pengikut LGBTQ sentap dengan kebenaran.

Meninjau ke ruangan komen, netizen saling berdebat mengenai penerimaan orang ramai terhadap golongan LGBTQ. Ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman TikTok