Wartawan ‘Interview’ Sesama Sendiri, Ismail Izzani Enggan Beri Jawapan Berhubung Kes Tular

Bukan suatu yang perkara luar biasa isu kontroversi tercetus di kalangan artis-artis di negara kita ini.

Iospital phone repair gombak

Terbaru, penyanyi muda Ismail Izzani terlibat dengan video mirip dirinya berada di suatu kelab malam bertindak melarikan diri daripada diwawancara oleh para wartawan.

Difahamkan, pada ketika itu Ismail Izzani baru sahaja selesai melakukan persembahan di Separuh Akhir Muzik Muzik 37.

Akibat tidak berpeluang menemu ramah Ismail Izzani, akhirnya beberapa orang wartawan pula diwawancara meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila mereka gagal untuk mendapatkan jawapan daripada penyanyi muda tersebut.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna @memes.puaka, wartawan dikatakan telah cuba mendapatkan penyanyi muda itu akan tetapi dia masih enggan memberikan jawapan mengenai video hangat yang membabitkan dirinya itu.

Ekoran itu, wartawan hanya menyatakan bahawa mereka hanya mahu menjernihkan keadaan daripada dakwaan-dakwaan netizen dengan mendapatkan jawapan dan kebenaran daripada penyanyi muda itu.


Isu ini difahamkan bukan sahaja membabitkan diri penyanyi itu, malah melibatkan nama baik keluarganya dan bekas kekasihnya turut terkena tempias susulan tularnya video berkenaan.

Ada juga pihak wartawan yang berpendapat bahawa pihak rakaman harus mengeluarkan kenyataan mewakili penyanyi berkenaan.

Dan jika Ismail sendiri menolak untuk memberikan sebarang jawapan, mereka akan menghormati keputusannya itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat bahawa media tidak perlu meliputi isu yang tidak bermanfaat kerana banyak lagi isu yang lebih baik untuk dijadikan sebagai konten.

Ada juga individu yang berseloroh apabila wartawan sendiri diwawancara oleh wartawan lain dalam konten tersebut.

Antara komen netizen:

“hmm.. wartawan ckap nk clearkan keadaan.. nanti bila bertanya, soalan2 panas buat mengeruhkan keadaan nanti 😂😂”

“udah²ler wartawan… kejar ler scoop lain…. penderitaan rakyat ke… salah laku yb², pegawai² kerajaan ke”

“masalanya korang ni batu api mna tk lari nyer artis tu🤦nk bgus kan keadaan soalan bkan main pns selalu tnya🤦”

“Wartawan itv wartawan ..haaa mantap”

Video yang tular:

@memes.puaka credit : youtube tv3malaysiaofficial #fyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ original sound – buletin.tiktok 📺