Niat Nak Rakam Pacat Ketika Hiking, Kelibat Sosok Berambut Panjang Pula Bikin Netizen Meremang

Aktiviti pendakian gunung (hiking) merupakan aktiviti kembara berjalan kaki dengan mendaki bukit hingga ke puncak. Siapa sangka, aktiviti hiking semakin mendapat hati di kalangan rakyat Malaysia terutamanya bagi golongan muda yang suka melakukan sukan lasak.

Kalau dilihat di media sosial, semakin ramai yang berkongsi gambar semasa melakukan aktiviti hiking bersama kawan-kawan.

Lokasi terkenal seperti Bukit Broga, Bukit Putih dan juga Gunung Kinabalu menjadi salah satu tempat wajib bagi mereka yang sukakan aktiviti ini.

Pemandangan yang cantik di puncak memberikan satu kepuasan kepada pendaki dan membuatkan mereka lebih gian untuk pergi mendaki di tempat lain.

Namun lain pula ceritanya dengan kisha yang tuar baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi satu video ketika hiing mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kifley02, kelihatan dia sedang merakam sejumlah pacat yang berada di dalam kasutnya sewaktu berhenti rehat di kawasan air terjun yang sangat cantik.

“agak2 binatang ni ada berapa ekor?” ujarnya di ruangan kapsyen.

Pun begitu, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian warga maya apabila video yang sepatutnya berkongsi tentang keindahan alam itu bertukar kepada video seram.

Siapa sangka, ketika lelaki ini mengalihkan cameranya, dia secara tidak sengaja telah merakam satu ‘sosok’ berambut panjang lengkap berbaju putih sedang duduk di sebalik batu pada air terjun tersebut.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, lelkai ini akui pada awalnya dia tidak perasan dengan kehadiran entiti tersebut sehinggalah dia meneliti video itu dan melihat ada sesuatu yang tidak kena.

“Tak perasaan.. mungkin akak tu tengah syampu rambut tu..” katanya lagi

Berdasarkan satu lagi video lain, dia berkongsikan video dirinya yang sedang mandi di air terjun tersebut namun ‘entiti’ itu kelihatan sudah hilang.

“si ‘rambut panjang’ tu dh lari dah..sejuk kot mandi lama2.” tulisnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@kifley02 agak2 binatang ni ada berapa ekor ? #fypシ #tiktokindonesia #hiking #waterfall ♬ Gatal – Janna Nick

@kifley02 Reply to @nrsyuhadaizati Tak perasaan.. mungkin akak tu tengah syampu rambut tu..😂. #fyp #tiktikindonesia #tiktokthailand ♬ Creepy horror sound – TOKU SPACE MUSIC

@kifley02 Reply to @nasriey02 si ‘rambut panjang’ tu dh lari dah..sejuk kot mandi lama2. #tiktokindonesia ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Ketika artikel ini ditulis, video terebut telah meraih 5.3M tontonan, 246.6K tanda suka, 9403 komen dan 6461 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rta-rata warga netizen berasa seram apabila tiba-tiba melihat sosok berambut panjang tersebut yang tiba-tiba terakam di dalam video..

Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama para netizen juga berseloroh mengatakan dia berada di situ untuk mencuci rambutnya.

Berikut merupakan komen warga maya: