Rajin Tolong Ibu, Gelagat Budak Perempuan 3 Tahun ‘Enjoy’ Lipat Kain Sambil Bernasyid Raih Pujian Ramai

Telatah kanak-kanak yang sedang membesar memang menghiburkan kita. Ada saja kerenah mereka yang kadang-kadang tak kering gusi dibuatnya.

Iospital phone repair gombak

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak lingkungan umur sebegini pasti faham.

Persis video yang tular baru-baru ini memaparkan aksi budak perempuan 3 tahun melipat kain membuat netizen terpegun.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, wanita bernama Rea Radzi secara senyap-senyap merakam puterinya itu di ruang tamu rumah mereka.

Yang lucu, kanak-kanak itu langsung tidak mengeluh membantu ibunya, malah dia seolah-olah menikmati masanya dengan kain-kain yang baru lepas diangkat dari ampaian!

Kanak-kanak bernama Faiha Al Humaira ini bukan sahaja bijak, namun turut kelihatan periang kerana sambil melipat sambil bernasyid lagu kisah Nabi Yunus.

Sejak ianya dikongsi di laman TikTok tempoh hari, video lucu ini berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 340.7 ribu manakala mendapat 25.6 ribu tanda suka!

Ketika meneropong ke ruangan komen, netizen memuji kanak-kanak itu kerana sudahlah comel, ringan tulang pula mengurangkan kerja rumah.

Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang menanyakan tentang alat yang digunakan oleh budak perempuan berkenaan kerana dilihat mudah untuk melatih kanak-kanak melipat kain.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“rajinnyaa anak dara lipat kain😅”

“adik ni nasyid lagu nabi Nuh dalam perut ikan nun kn 😀”

“Rajinnye awak ni .. tambah lagi comel lipat baju sambil nyanyi2.. 🥰🥰🥰”

“semoga membesar menjadi anak solehah🥰🥰🥰”

“la ni nak tanya alat tu beli Mana…nak beli satu😁”

Video yang tular di laman TikTok

@rearadzi 10 Dec 2022 ni awak masuk 3 tahun humaira.. Ummi rasa masa mengandung dulu takde plak ummi asyik menyanyi je . Aaaghisauu 😂 #faihaalhumaira #perangaisiapani #fyp #tips #tipslipatbaju ♬ original sound – rearadzi