Guru Pendidikhan Khas Terjumpa Bekas Pelajar di McD, Ucap Syabas Kerana Mampu Berdikari Selepas Tamat Sekolah

Walaupun dilahirkan berbeza kemampuan berbanding orang lain, ianya bukanlah penghalang bagi insan bergelar OKU untuk meneruskan kehidupan.

Iospital phone repair gombak

Individu yang berkelainan upaya juga berhak mendapatkan layanan yang sama seperti orang ramai di luar sana dan tidak sepatutnya disisihkan.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang tenaga pengajar di sekolah pendidikan khas ini ketika dia terjumpa dengan bekas pelajarnya.

Menurut guru itu, dia kagum meskipun bekas pelajarnya itu insan istimewa, namun tetap mampu untuk mencari rezeki sendiri seperti orang lain dengan bergelar krew di restoran makanan segera.

“Bila krew McD berkomunikasi. Perempuan masalah pendengaran, lelaki masalah pembelajaran (bekas murid saya). Yang sebenarnya krew lelaki itu bukan pandai pun sign language. Tetapi, dia tetap mencuba. Syabas.

“Memang ini harapan guru-guru ingin melihat anak didiknya berdikari selepas tamat sekolah,” ceritanya.

Bagaimanapun, pihak McDonald’s perlu diberikan pujian kerana langsung tidak memilih dalam mencari pekerjanya.

Malah mereka menggalakkan lagi insan sedemikian untuk berdikari dengan membuka peluang pekerjaan buat mereka.

Menjengah ke ruangan komen, guru ini dipuji kerana berjaya melatih anak didiknya. Dalam pada itu, ada pengguna TikTok yang berkata dengan melihat mereka ini, membuatkannya lebih bersyukur dengan kehidupan.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh wargamaya di TikTok

“Semoga sama2 dpt belajar dan memahami antara 1 dgn yg lain👍❤️🥰”

“adik sy pun Keja Macdonald, ada kekurangan jgk, alhamdulillah team diorg hbt,Plus gaji pun bsr dr saya😂”


“❤️dengan kawan kawan saya yang indah ni. Saya belajar erti bersyukur.”

“tahniah…mcd cawangan mana ni ..xmemilih pekerja.”

“smg dlm rahmat allah,ank2 syurga🥺🥰🥰”

“Allahu, hebatlah mereka ni, Cikgu. Syabas cikgu, mendidik mereka dgn baik 🥰”

Video yang tular di laman TikTok

@kukyuta_2021 Bekas murid saya..🥰 #sayagurupendidikankhas #anakanakistimewa #fypシ ♬ bunyi asal – Amran Hashim Hashim