Raih Sumbangan RM204,322 Dalam Tempoh 48 Jam, Cara Agihan Lelaki Ini Pada Keluarga Mangsa Raih Pujian!

Kemalangan sememangnya berlaku tidak kira masa dan dimana sahaja malah lebih parah apabila sehingga ada yang meragut nyawa.

Seperti yang kita tahu, beberapa hari lepas tular tentang tragedi ngeri dimana seorang penghantar makanan maut dan penunggang motorsikal mengalami kecederaan parah akibat dirempuh oleh dua kenderaan iaitu utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail dan Proton Wira.

Susulan perkara tersebut, seorang hamba Allah yang sangat baik hati sudi membuka tabung bantuan kepada ahli keluarga mangsa terlibat terutama isteri penghantar makanan maut yang baharu sahaja menikah dua minggu dan orang rumah penunggang motorsikal yang kini sedang sarat mengandung.

Tidak cukup dengan itu, ianya termasuk dengan sumbangan untuk ibu penghantar makanan yang maut yang kini berusia 73 tahun.

Mengulas lanjut, sumbangan yang dilakukan itu adalah tanpa pengetahuan ahli keluarga mangsa dan setiap transaksi yang dibuat oleh penderma dapat dilihat dengan jelas menerusi Realtime Online.

“Semua orang boleh lihat setiap transaksi realtime. Tidak ada satu sen pun yang akan tercicir dari sistem transparent ini”

“Kutipan ini dibuat tanpa pengetahuan keluarga mangsa kerana mereka dalam kesedihan”

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @bangsabertauhid, mereka berjaya mengutip kutipan sebanyak RM204,322 hasil sumbangan masyarakat pemurah dalam tempoh 48 jam.

“Rakyat pemurah kumpul RM204,322 tanpa pengetahuan keluarga mangsa. Alhamdulillah, rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk misi-misi akan datang. Lets thanks each other di ruangan komen,”tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.


Sebaik sahaja tabung kutipan tersebut ditutup, sumbangan duit bernilai RM204,322 itu akan disampaikan sendiri terus ke akaun isteri mangsa dan keluarga mangsa.

“Jumlah kutipan adalah sebanyak RM2004,332. Selepas itu, saya bahagi kepada dua keluarga mangsa iaitu yang meninggal dunia dan cedera parah.”

“Jadi, saya bahagi sama rata. Setiap keluarga dapat RM102,161. Kemudian, untuk setiap keluarga pula saya pecahkan kepada isteri dan orang tua si suami.”

“Untuk mangsa cedera parah, saya berikan 80% pada isteri sebanyak RM81, 728.80. Kemudian, baki diberikan kepada untuk ibu bapa sebelah suami dapat RM20, 432.20.” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memuji sikap telus pemuda tersebut dan turut suka dengan caranya mengagihkan kutipan derma tersebut.

Video yang tular di laman Instagram: