“Pulut ikan masin ke tu” First Time Masuk Kedai Sushi, Gelagat Ibu Buat Netizen Terhibur

Sushi merupakan makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia.

Sudah tentu ramai diantara kita yang merupakan penggemar sushi, sehinggakan sanggup datang setiap minggu semata-mata kerana ‘craving’ sushi.

Namun pun begitu, tidak dinafikan bahawa ada juga segelintir yang tidak suka makan sushi oleh kerana rasanya yang mentah. Bak kata orang dulu-dulu ‘tak kena dengan tekak’.

Terbaru, tular satu rakaman di laman TikTok memaparkan gelagat seorang ibu yang pertama kali mengunjungi restoran sushi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi telatah ibunya yang pertama kali memasuki kedai makanan sushi.

“bila first time masuk kedai sushi, kesian mak kena sakat” katanya di kapsyen.

Pada awalnya, kelihatan ibunya itu enggan mengambil makanan dan hanya melihat makanan yang lalu di depan matanya.

Namun apa yang membuat netizen berdekah adalah ibunya itu menyamakan salah satu makanan di situ seperti pulut ikan masin kerana rupanya yang seakan-akan sama.

“Buat hal mak dekat sushi ada pulut ikan masin kabonya”

@yatie_azizie Bila 1st time masuk kedai sushi. Kesian mak kene sakat. #fypppppppppppppp❤ #perfumecheck #Perfume ♬ love nwantiti (feat. Dj Yo! & AX’EL) [Remix] – CKay

 

Tidak cukup dengan itu, melalui ‘posting’ lain, wanita itu tidak dapat menahan ketawa apabila melihat cara ibunya menggunakan chopstick.

Lihat sambungan video tersebut:

@yatie_azizie Part 2. Buat hal mak dekat sushi ada pulut ikan masin kabonya 😂😂#fypppppppppppppp❤ #lamourexclusiveperfume ♬ bunyi asal – Cik_yatie

@yatie_azizie Balas kepada @rozannafaried Nahhhh ni die 😂😂😂😂#fypppppppppppppp❤ #TThot ♬ bunyi asal – Cik_yatie

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 91.3K tontonan, 2636 tanda suka dan 172 komen di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si ibu dan ada juga netizen yang berseloroh mengatakan bahawa mereka tidak menyangka yang restoran sushi ada jual pulut ikan masin.

“pun boleh la pulut ikan masin..”

“favourite tempat makan anak saya..”

“kemain dia nyakat mak dia”


“please sushi king tukar nama untuk sushi unagi”

“sekali aku pun gelak oii”

“Mak aku mesti ‘tempat apa kamu bawa ni, tak reti aku makan'”

“mak aku memang takkan masuk la kalau ajak pergi kedai-kedai macam ni”

Ada-ada saja telatah dua beranak ni, tak sangka ada pulut ikan masih dekat kedai sushi ya.. hehehe